Langkau ke kandungan utama

Catatan

Hening Syawal (Siri 6)

Sejambak bunga segar diserahkan kepada Mimah, membuatkan gadis itu terkejut. Kenapa ni Encik Suhaimi? Mimah sudah merah padam. Saja, belikan untuk awak, Suhaimi senyum. Mimah teragak-agak.  Ambil sajalah orang dah beli... cuba awak ceria sikit... Mimah tersenyum kecil, terasa lucu pula dia bila dilayan begitu.   Terima kasih, Sama-sama... esok jangan lupa, saya belanja awak makan buka puasa di Klang pulak, Klang? Jauh tu, Tak apa, lepas siapkan kerja kita pergilah. Saya dah tempah table, Suhaimi senyum.    Saya, saya tak mahu nanti orang mengata pula Encik Suhaimi, Biarlah, dia orang ada mulut, kita tak boleh tutup mulut orang Mimah... Mimah senyum, terasa ada ketenangan yang dibentuk oleh lelaki itu dua tiga hari ini. Saya keluar dululah Encik Suhaimi. Terima kasih sebab hantar balik dan, bagi bunga ni, Tak apa, kalau bunga ni membuatkan awak ceria, hari-hari saya belikan pun tak apa, kata-kata itu membuatkan Mimah tergelak kecil. Ha... kan bagus kalau k...

Hening Syawal (Siri 5)

Hari ini, sudah 25 Ramadhan. Beberapa hari saja lagi anak-anak kota akan beransur pulang ke kampung halaman masing-masing. Mimah cuma melihat saja lampu-lampu kereta yang bersimpang siur di luar sana.  Ada beberapa tugasan lagi perlu dia selesaikan sebelum pulang ke rumah sewa. Dia tahu, saat ini mesti Batrisya sibuk mengemas apa-apa yang patut. Termenung? Eh! Encik... Mimah tersedar. Segera dia kembali ke mejanya dan menyambung kerja. Banyak lagi yang belum siap ke? Suhaimi membetulkan cermin matanya. Boleh tahan, jawab Mimah ringkas. Kalau tak sempat habis, awak sambunglah lepas raya nanti, Suhaimi bersuara. Tak sampai hati pula dia melihat kesungguhan gadis pendiam itu. Sejak minggu lepas mereka menyelesaikan beberapa report penting, dia dapat merasakan Mimah sangat komited terhadap tugas yang diberikan. Bila awak cuti raya? Mimah terdiam. Tak sangka itu yang akan keluar dari mulut lelaki itu. Dia tekun menaip, tak menghiraukan pertanyaan itu. Saya raya s...

Hening Syawal (Siri 4)

Suasana bilik berhawa dingin itu sepi. Yang kedengaran cuma esakan kecil di sebelah Mimah. Saya tak tahu apa salah saya pada dia Encik Suhaimi. Saya tak kacau dia, saya buat kerja saya... tapi... Esakan Fizah semakin menjadi-jadi. Sudahlah tu... jangan menangis. Bulan puasa macam ni, tak elok bergaduh... Pengurus muda itu menghulurkan tisu. Fizah tanpa segan silu menyambut sambil teresak-esak. Tapi, macammana dengan kerugian saya Encik Suhaimi?  Fizah sudah menjeling ke arah Mimah di sebelahnya. Tak apa Hafizah, awak keluar dulu. Saya ada hal nak bincang dengan Amimah, tenang saja suara lelaki itu. Terima kasih Encik, Fizah menolak kerusi, dan keluar dari bilik. Bilik itu kembali sunyi. Mimah cuma tunduk merenung jari-jarinya. Malas dia hendak berada lama di bilik ini. Saya cuma dengar cerita dari sebelah pihak, sekarang saya nak awak pula beritahu saya cerita dari awak. Mimah cuma menarik nafas. Semua cerita tu betul Encik Suhaimi. Memang saya yang lambung radio dia ...

Hening Syawal (Siri 3)

Lagu “Kepulangan Yang Dinanti” berbunyi kuat, malah seluruh pejabat ini boleh mendengarnya. Mimah cuma menggeleng kepala, malas dia hendak menegur apa-apa. Hoi Fizah! Kalau iye pun dapat radio baru, janganlah nak pasang kuat-kuat. Tau la nak raya tak lama lagi... Zaidi bangun dari kerusi sambil bercekak pinggang. Saja... aku ni tak sabar-sabar lagi nak balik raya, tak boleh? Fizah tersengih-sengih sambil menguatkan lagi volum. Zaidi menggeleng kepala, malah semua orang di pejabat ini turut menggeleng kepala. Tadi Abang Din sudah menegur, malah Kak Sarimah yang sedang mabuk teruk itu pun dua tiga kali minta Fizah perlahankan radio. Namun semuanya bagai mencurah air di daun keladi. Keras kepala betul! Zaidi merungut-rungut. Mimah mencampakkan pen di atas mejanya. Dia pun sebenarnya dari tadi menahan sabar dengan perangai Fizah yang langsung tak bertimbang rasa. Fizah, Mimah berdiri betul-betul di belakang Fizah. Ada apa? kasar saja suara Fizah. Wajahnya sudah berkeru...

Hening Syawal (Siri 2)

Macammana ni Mimah? Batrisya keresahan. Dia memang sibuk sepanjang hari ni.  Tak apalah, kuih raya kau tu banyak kita makan aje la. Sebotol tu dah kenyang dah... Ala kau ni Mimah! Mimah tertawa melihat Batrisya menarik muka.  Dah... tak apalah, aku buat goreng sardin je la. Kau masak nasi, Batrisya sengih kembali. Dia tahu Mimah memang baik. Ni buat aku sayanggggg kat kau! Dia memeluk. Ah! Jangan nak bodek-bodek, dah! Pergi masak nasi! Batrisya cuma tertawa manja. *********************** Mimah merebahkan badan di atas tilam kecilnya, sambil mendengar alunan lagu hari raya dari corong radio comel di sisi. Malam ini dia tidak berterawih seperti biasa. Batrisya masih lagi di dapur, membuat dua jenis lagi biskut untuk dibawa pulang ke kampung. Memang begitulah rutin teman rumahnya itu setiap tahun. Kadang-kadang seronok juga menyakatnya. Mimah menghela nafas panjang. Penat di pejabat tadi membuatkan dia lebih selesa berbaring di dalam bilik. Dia membilang jari, ...

Hening Syawal (siri 1)

Batrisya masih lagi sibuk di dapur. Aroma biskut raya yang dibakar dari oven menusuk-nusuk ke lubang hidung. Sejak dua hari lalu gadis itu mengambil cuti sempena menyiapkan kuih-kuih raya yang bakal dibawa pulang ke kampung. Mimah melontarkan tubuhnya ke atas kerusi. Rancangan di televisyen masih lagi memutar aksi chef dan hidangan berbuka puasanya. Sebuah keluhan dilepaskan, sambil dia mencapai kusyen kecil untuk didakap ke dada. Mimah! Mai tolong aku sat!  Mimah menarik nafas mendengar teriakan itu. Dah agak dah mesti dia akan dipanggil! Mimah! Apa dia? Batrisya yang sedang menyorong dulang kuih hampir terlompat. Tak sangka sepantas itu Mimah datang ke dapur. Kau ni terkejut aku,  dia mengurut dada, membuatkan Mimah tersengih. Keadaan di dapur berselerak. Mimah menggeleng kepala. Anak mami sorang ni kalau buat kerja memang bersepah di sana sini. Tengoklah dapur ni. Sepanjang pagi selepas bersahur tadi, semuanya telah dikemaskan. Sakit lagi pinggang Mimah kerana mencuc...

Mana Mak?

Jam 6.30 petang.  Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama. Ayah baru balik dari sawah. Ayah tanya Mak, “Along mana?’ Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.” Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?” Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.” Ayah tanya Mak, “Ateh mana?” Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?” Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?” Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.” Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika. Dua puluh tahun kemudian,  Jam 6.30 petang,   Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari. Ayah tanya Along, “ Mana Mak ?” Along sedang membelek-belek baju barunya. ...