Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 14, 2011

Warkah Suami

Kehadapan ustaz yg saya hormati, Saya tidak tahu di mana ingin saya mulakan bicara ini tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa saya selama ini ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz.. tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun.    Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan harap ustaz tidak bosan mendengarnya.Saya merupakan seorang suami..kepada seorang isteri yg amat baik dan setia namun ustaz ..saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya kerana pada waktu itu mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.   Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya. Seorang yang tidak pandai bergaya tetapi kuat pegangan agamanya, bertudung labuh, bersopan santun.. baik ...