Ayah, raya tahun ni Inah nak baju warna kuning. Inah tak mahu sama dengan Mimah, Kenapa pula? Kan dari kecil Inah dan Mimah suka pakai baju sama? Malulah! Macam budak-budak. Inah kan dah besar, boleh ye ayah? Mimah tersenyum sendiri. Inah... entah macammana rupa Inah sekarang agaknya? Adakah dia sama seperti dulu? Rambutnya adakah masih kekal panjang? Mimah bersandar di dinding, sambil menatap sekeping gambar dua kembar seiras yang memakai seragam sekolah. Dia cuba mencari perbezaan di gambar itu, tetapi sedikit pun tidak kelihatan. Semuanya begitu serupa, potongan rambut, beg sekolah dan juga senyuman. Dia tahu, sejak kecil malah hingga dewasa, dia dan Inah sering mengelirukan mak dan ayah. Dia tahu, dalam hubungan mereka, dia yang banyak beralah. Kalau ada barang-barang Mimah yang berkenan di hati Inah, dia akan berikan. Malah kalau ayah ke bandar membeli baju, dia akan pastikan Inah mendapat yang lebih cantik dan harganya lebih mahal. Memang dia tahu Inah ingin...
Blog ini diwujudkan untuk menjadi ruang menyimpan artikel menarik orang lain dan artikal yang aku cuba-cuba tulis untuk diriku dan sesiapa sahaja yang sudi membaca..