Ayah, raya tahun ni Inah nak baju warna kuning. Inah tak mahu sama dengan Mimah, Kenapa pula? Kan dari kecil Inah dan Mimah suka pakai baju sama? Malulah!
Macam budak-budak. Inah kan dah besar, boleh ye ayah?
Mimah tersenyum sendiri. Inah... entah macammana rupa Inah sekarang agaknya? Adakah dia sama seperti dulu? Rambutnya adakah masih kekal panjang?
Mimah bersandar di dinding, sambil menatap sekeping gambar dua kembar seiras yang memakai seragam sekolah. Dia cuba mencari perbezaan di gambar itu, tetapi sedikit pun tidak kelihatan. Semuanya begitu serupa, potongan rambut, beg sekolah dan juga senyuman. Dia tahu, sejak kecil malah hingga dewasa, dia dan Inah sering mengelirukan mak dan ayah.
Dia tahu, dalam hubungan mereka, dia yang banyak beralah. Kalau ada barang-barang Mimah yang berkenan di hati Inah, dia akan berikan. Malah kalau ayah ke bandar membeli baju, dia akan pastikan Inah mendapat yang lebih cantik dan harganya lebih mahal. Memang dia tahu Inah ingin segala-galanya lebih untuk dirinya. Pun begitu, dia tak pernah berkecil hati. Dia tak kisah jika Inah lebih cantik darinya.
Inah memang bijak berbanding dirinya sendiri. Dia cuma sederhana saja dalam pelajaran, tetapi Inah sebaliknya. Mungkin kerana kelebihan itu, Inah akan mendapat hadiah dari ayah setiap tahun kerana menjadi pelajar nombor satu di kelas. Mimah sedar akan kelebihan kembarnya itu dan dia juga tahu, ayah tak bersalah sekiranya menunaikan semua permintaan Inah kerana Inah memang dijanjikan begitu asal berjaya dalam pelajaran.
Maka, bila Inah berjaya ke universiti selepas tamat tingkatan lima, Mimah turut menghantarnya dengan penuh bangga. Tak pernah lagi Mimah berasa iri hati atas kelebihan Inah. Tinggallah dia di kampung, bekerja di pekan sebagai kerani dengan gaji yang cuma RM300.00 sebulan. Dan, manalah Mimah tahu, semasa dia berulang alik dari kampung ke pekan, ada sepasang mata memerhatikannya.
Tiga bulan menjalinkan kasih dengan Azam, jurutera muda yang mengendalikan projek jambatan baru ke kampungnya, Mimah dilamar. Memang tuah datang bergolek kerana, selama ini Mimah tidak tahu Azam anak teruna tunggal seorang hartawan di Kuala Lumpur. Majlis pertunangannya telah dihadiri dengan kereta-kereta mewah pelbagai jenama dan rupa. Heboh sekampung akan kehebatan bakal besan keluarga Tahir.
Namun, Mimah tak pernah rasa megah dan bangga. Dia mencintai Azam kerana hati budinya. Bukan kerana harta dan kedudukan keluarganya. Tetapi Mimah tak menduga sesuatu yang cukup melukakan hati akan terjadi.
Air mata Mimah makin lebat menitik ke pipi. Hanya tuhan yang tahu betapa hancurnya hati bila berdepan dengan realiti yang memedihkan.
Malam minggu itu memang tarikh keramat. Malam yang membuatkan dia terasa seperti ingin mati hari itu juga. Dia masih terdengar tangisan emak dan kak Milah semasa Abang Mustapa menyampaikan berita Inah ditangkap khalwat. Dan, lebih memedihkan lagi lelaki yang bersamanya malam itu adalah Azam, tunangnya sendiri. Di rumah sewa Azam, malam itu juga, ayah menegaskan agar Azam dan Inah dinikahkan.
Dan, waktu itulah... Mimah telah pergi meninggalkan keluarga, kembar dan tunang yang dikasihi. Hingga kini, sudah tujuh tahun peristiwa itu berlalu, dan Mimah tak pernah kembali ke kampung.
Mimah mengesat air mata yang tumpah ke pipi. Kadang-kadang, ingin saja dia menyalahkan dirinya kerana sering mengalah dan mengalah. Dia tak tahu, bila Inah pulang ke kampung, dan tiba-tiba pula ditangkap basah di rumah Azam. Namun, dia tahu Inah cemburu dengan kebahagiaan dia dan Azam.
Demi tuhan, jika dia tahu Inah cemburukan kebahagiaan dirinya, dia rela memutuskan pertunangan. Janganlah sampai dia ingin merebut Azam dengan cara melukakan dan memalukan mak dan ayah.
Bukan dia tak rindukan mak dan ayah. Malah dia teramat sengsara selama tujuh tahun ini menanggung segala rindu itu. Namun, hatinya yang terluka ini tak lagi sembuh lukanya. Bagaimana harus dia berdepan dengan Azam yang pernah menjadi kekasih dan tunang? Selama tujuh tahun ini belum pernah lagi dia melupakan lelaki itu, malah cincin pertunangan mereka masih terjaga hingga ke hari ini.
Maka, dek kerana itu dia sanggup membiarkan tujuh tahun itu bersilih pergi dan dia masih lagi di sini menyambung kemestian hidup di rantau orang. Dia lebih rela bersendiri daripada terluka lagi. Bukan tak pernah dia terserempak dengan ahli keluarga Azam semasa di Sogo atau di KLCC. Ibu Azam kerap menempah baju di butik-butik terkenal di situ, dan kadang-kadang dia terlihat dua orang budak kecil yang comel menemaninya. Mungkin, itulah anak-anak Azam dan Inah kerana keduanya ada iras Inah. Tentu kebahagiaan yang jitu bertapak antara mereka, dan, entah-entah Azam sudah melupakan dirinya. Manalah tahu?
Mimah membuka tingkap dan merenung wajah malam yang penuh dengan beribu bintang berwarna cerah di dada langit. Saat ini rindunya pada mak dan ayah semakin memuncak. Ya Tuhan! Apa yang telah kulakukan? Tujuh tahun aku berdosa kerana mengabaikan keduanya. Bukan mudah untuk dia merawat luka yang tercalar di hatinya. Selama itu juga dia tersiksa lantaran rindukan kampung halaman dan sanak saudara. Tapi, apa lagi yang harus dia lakukan? Kembali ke desa dan menatap wajah Inah dan Azam serta anak-anak mereka bisa membuatkan air matanya terusan menitis. Dia tak mampu untuk menipu diri bahawa Azam bukan miliknya lagi. Dia tak mampu melihat orang yang dicintai kini sudah dimiliki oleh adik kembarnya sendiri.
Biarlah orang kata dia derhaka, atau mungkin anak tak mengenang budi. Dia tak sanggup menyambut syawal dengan hati luka dan wajah sayu mak dan ayah. Tak mungkin dia dan Inah akan jadi seperti dulu dan mereka tentunya menjadi orang asing di rumah sendiri. Tapi... adakah mak rindukan aku seperti aku rindukannya? Air matanya mula bercucuran. Ampunkan Mimah mak!
Takbir beralun syahdu tatkala dia tiba di perkarangan rumah tua itu. Mimah berdiri, lama merenung kembali nostalgia yang telah lama ditinggalkan. Demi tuhan, kala itu segala rindunya semakin luruh. Ruang laman yang dipenuhi kanak-kanak bermain tadi kini senyap sekejap, melihat ada seseorang yang asing turun dari teksi.
Mimah terasa air matanya bergenangan bila melihat sekujur tubuh tua menerpanya. Ada tangisan pilu di matanya. Ada pula lelaki tua dan muda mendapatkannya, memeluk tanda kerinduan yang teramat sangat. Kanak-kanak tadi semakin kehairanan. Di celah pelukan dan sayu pilu, seorang gadis berambut lurus turun. Mimah hanya memandang, dan ternyata renungan itu turut sama menikam ke arahnya.
Mana kau pergi selama ni Mimah? Puas mak cari kau nak... Tangisan emak masih lagi bersisa. Mimah tidak menyambut. Hanya matanya saja tertumpu ke arah Inah yang berdiri tidak jauh darinya. Dua orang anak perempuan comel berlari dan mendapatkan Inah, memeluk erat bagai tak mahu melepaskan. Mimah menarik nafas panjang. Wajarkah dia memarakkan lagi api kekecewaan dan air mata kesedihan atas sesuatu yang terjadi tujuh tahun lalu? Dan, apakah wajar dia mengungkit segala-galanya untuk melepaskan apa yang tersimpan selama ini?
Mimah... dia cuma tenang semasa Inah menghampiri.
Maafkan aku! Inah memeluk Mimah. Lama dan erat. Tak dipedulikan dua orang anak comel di sisinya. Mimah hanya mampu menitiskan air mata. Dia tak pasti apakah itu air mata redha atas apa yang terjadi, atau air mata kasih seorang kembar kepada adik kembarnya.
Azam dah lama pergi, dia sakit kuat, sekali lagi Mimah, maafkan atas segala perbuatan jahatku! bisikan Inah itu membuatkan hatinya terlonglai. Hanya anak matanya saja merenung dua wajah comel di sisi Inah yang tak mengerti apa-apa.
Tatkala itu juga sebuah kereta menyusur masuk, dan seketika kemudian muncul Suhaimi yang tersenyum ke arahnya. Mimah semakin pasrah dengan takdir Ilahi di pertama Syawal ini! Perlahan, pelukan Inah dibalas erat. Terlerai segala pahit dan duka lalu.
Kita kan bersaudara Inah... air mata semakin galak mengalir....

Ulasan