Langkau ke kandungan utama

Hening Syawal (siri 1)

Batrisya masih lagi sibuk di dapur. Aroma biskut raya yang dibakar dari oven menusuk-nusuk ke lubang hidung. Sejak dua hari lalu gadis itu mengambil cuti sempena menyiapkan kuih-kuih raya yang bakal dibawa pulang ke kampung.

Mimah melontarkan tubuhnya ke atas kerusi. Rancangan di televisyen masih lagi memutar aksi chef dan hidangan berbuka puasanya. Sebuah keluhan dilepaskan, sambil dia mencapai kusyen kecil untuk didakap ke dada.
Mimah! Mai tolong aku sat!  Mimah menarik nafas mendengar teriakan itu. Dah agak dah mesti dia akan dipanggil!
Mimah!
Apa dia?
Batrisya yang sedang menyorong dulang kuih hampir terlompat. Tak sangka sepantas itu Mimah datang ke dapur.
Kau ni terkejut aku,  dia mengurut dada, membuatkan Mimah tersengih. Keadaan di dapur berselerak. Mimah menggeleng kepala. Anak mami sorang ni kalau buat kerja memang bersepah di sana sini. Tengoklah dapur ni. Sepanjang pagi selepas bersahur tadi, semuanya telah dikemaskan. Sakit lagi pinggang Mimah kerana mencuci lantai.

Ala... sorry la... nanti aku kemaskan la... jangan la marah ye?  Batrisya tersengih-sengih, tahu apa yang sedang bergolak dalam fikiran Mimah.
Kau tu suka sangat janji Melayu, tengoklah nanti masa bersahur esok siapa yang kemaskan,
Mimah menggeleng kepala, sambil menolak ke tepi besen-besen bekas bancuhan kuih Batrisya. Dia menyingsing lengan, lalu mula mencapai span dan sabun. Pinggan dan periuk belanga yang menimbun di dalam sink segera dicuci.
Awalnya kau balik Mimah?
Boringlah, aku tak masuk office pun lepas lunch hour tadi,
Tak masuk office? Habis kau pegi mana? Batrisya terkejut.
Aku cakaplah kat Puan Zubaidah tu aku pergi klinik. Lepas tu aku ronda-ronda la Jalan TAR, Mimah tersengih.
Kau ni Mimah... lain kali kalau nak meronda tu ajaklah aku sekali. Kalau aku tahu kau tak masuk office, tak payahlah aku buat kuih hari ni. Aku pun banyak lagi barang tak beli ni. Baju Melayu ayah aku... selendang mami aku... Batrisya mula resah.
Hmm... Batrisya... tahun ni aku rasa tak payahlah kau naik bas balik kampung. Apa kata kau sewa lori? Ni kuih raya kau ni dah berpuluh-puluh balang, mana nak angkut barang-barang kau lagi, kau tu kalau shopping aku tak percaya beli sehelai dua. Confirm! Sepuluh beg memang kau sapu! Mimah tersengih melihat muka kelat Batrisya.
Ala... mana ada sampai macam tu. Aku tiap-tiap tahun balik raya dengan bas okey je...
Kau ni asyik buat kuih, lauk nak berbuka dah masak belum? Ni dah pukul 6.30 dah ni...
Alamak!! Batrisya menepuk dahi. Tanda kesal yang amat sangat.
Aku lupa la! Mimah menggeleng kepala. Dah agak dah.....

Bersambung.....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

30 Adab Berjiran Yang Mesti Diamalkan

(1)  Sentiasa mewujudkan suasana kemesraan melalui usaha kenal-mengenal dan hormat menghormati antara satu sama lain. Antara caranya dengan memulakan salam jika bertemu dengan sesama Muslim atau ucapan penghormatan yang baik jika bertemu dengan bukan Muslim.Sentiasa bertoleransi samada yang melibatkan urusan keagamaan,adat resam, budaya, cara hidup dan lain-lain lagi. (2)  Tidak menyakiti mereka samada melalui perkataan, perbuatan atau sekadar sangkaan buruk.Jiran yang jahat dan tidak berakhlak digambarkan sebagai lembaga hitam yang telah dirasuk syaitan sehingga tergamak melakukan kejahatan dan kedurjanaan sehingga menimbulkan ketakutan dan kegerunan kepada insan lain. Rasul SAW pernah bersabda; “ Demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman. Sahabat bertanya: “Siapakah (yang tidak beriman itu) ya Rasulullah?” Rasulullah SAW menjawab : ” Orang yang menyebabkan jirannya tidak merasa aman (selamat dan tenteram) lan...

CINTA SUAMI …

[he's one in a million..... Based on True Story...] Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka  berkahwin sudah lebih 32 tahun Mereka dikurniakan 4 orang anak ....disinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat ..... tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun. Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang  lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi. Setiap hari pak suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan  mengangkat isterinya ke atas tempat tidur. Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian. Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan pak suyatno masih berasa ber...

Sayangi Ibu

Budak ni sebak kerana Kehilangan Ibunya, Ibunya cuba meleraikan air mata anak ny a sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.. Peringatan Untuk Semua, Walau apa pun sekali yang berlaku di antara anda dan ibu anda, jangan la anda cuba menderhaka kepada nya. share atau like dan renungkan.... Orang kata aku lahir dari perut ibu.. Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu Bila lapar, yang suapkan aku..ibu Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu! Bila bangun tidur, aku cari.. ibu Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu Bila nak bermanja… aku dekati ibu Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu Bila nakal, yang memarahi aku… ibu Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..ibu Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu Aku selalu teringatkan ..Ibu Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu Bila seronok… orang pertam...