Suasana bilik berhawa dingin itu sepi. Yang kedengaran cuma esakan kecil di sebelah Mimah. Saya tak tahu apa salah saya pada dia Encik Suhaimi. Saya tak kacau dia, saya buat kerja saya... tapi... Esakan Fizah semakin menjadi-jadi. Sudahlah tu... jangan menangis. Bulan puasa macam ni, tak elok bergaduh... Pengurus muda itu menghulurkan tisu. Fizah tanpa segan silu menyambut sambil teresak-esak. Tapi, macammana dengan kerugian saya Encik Suhaimi? Fizah sudah menjeling ke arah Mimah di sebelahnya. Tak apa Hafizah, awak keluar dulu. Saya ada hal nak bincang dengan Amimah, tenang saja suara lelaki itu. Terima kasih Encik, Fizah menolak kerusi, dan keluar dari bilik. Bilik itu kembali sunyi. Mimah cuma tunduk merenung jari-jarinya. Malas dia hendak berada lama di bilik ini. Saya cuma dengar cerita dari sebelah pihak, sekarang saya nak awak pula beritahu saya cerita dari awak. Mimah cuma menarik nafas. Semua cerita tu betul Encik Suhaimi. Memang saya yang lambung radio dia ...
Blog ini diwujudkan untuk menjadi ruang menyimpan artikel menarik orang lain dan artikal yang aku cuba-cuba tulis untuk diriku dan sesiapa sahaja yang sudi membaca..