Langkau ke kandungan utama

Hening Syawal (Siri 3)

Lagu “Kepulangan Yang Dinanti” berbunyi kuat, malah seluruh pejabat ini boleh mendengarnya. Mimah cuma menggeleng kepala, malas dia hendak menegur apa-apa.

Hoi Fizah! Kalau iye pun dapat radio baru, janganlah nak pasang kuat-kuat. Tau la nak raya tak lama lagi... Zaidi bangun dari kerusi sambil bercekak pinggang.

Saja... aku ni tak sabar-sabar lagi nak balik raya, tak boleh? Fizah tersengih-sengih sambil menguatkan lagi volum. Zaidi menggeleng kepala, malah semua orang di pejabat ini turut menggeleng kepala. Tadi Abang Din sudah menegur, malah Kak Sarimah yang sedang mabuk teruk itu pun dua tiga kali minta Fizah perlahankan radio. Namun semuanya bagai mencurah air di daun keladi.

Keras kepala betul! Zaidi merungut-rungut. Mimah mencampakkan pen di atas mejanya. Dia pun sebenarnya dari tadi menahan sabar dengan perangai Fizah yang langsung tak bertimbang rasa.
Fizah, Mimah berdiri betul-betul di belakang Fizah.

Ada apa? kasar saja suara Fizah. Wajahnya sudah berkerut, mungkin tak menyangka orang paling pendiam di pejabat ini akan datang padanya.

Tolong perlahankan sikit volume radio tu, tak boleh buat kerjalah. Bising,

Hai... bising ke... hati kau sakit dengar lagu raya? Fizah terkekeh-kekeh kecil. Sengaja memancing marah.
Kau nak pasang lagu raya ke... lagu raya cina ke... lagu raya Deepavali ke... pasanglah. Aku tak hairan, tapi tolong perlahankan sikit.

Eh... ni radio aku tau, suka hati aku la nak pasang kuat ke perlahan ke... kau tu memang sakit hati kan dengar lagu raya... fasal... kau memang tak balik raya kan?
Kau nak perlahankan ke... atau kau nak aku yang perlahankan?

Eleh... berlagak baguslah tu... kalau kena buang keluarga tu... Tup! Suasana yang berirama tadi kini sepi. Mimah mengangkat kening sambil meletakkan plug radio di atas meja Fizah. Teman-teman sepejabat lain memandang ke arah meja Fizah sambil mengeluh lega.

Kita ni satu tempat kerja, tolong hormat orang lain, Mimah kembali ke mejanya. Kerjanya yang terbengkalai tadi disambung kembali. Namun tiba-tiba radio Fizah kembali berbunyi, kali ini lebih kuat. Kak Sarimah yang sejak tadi mengurut kepala kini bergegas keluar menuju ke toilet. Mungkin dia sudah tidak tahan dengan bunyi-bunyi yang menyengat kepalanya.

Mimah mengetap bibir. Kali ini dia mendengar suara Fizah sekali menyanyi-nyanyi. Tanpa lengah dia kembali semula ke meja Fizah.

Kau tak sayang radio kau ke?

Kau tak sayang radio kau ke? 

Fizah mengejek-ejek dengan suara mengada-ngada. Mimah tak tunggu lama. Pantas dia mencabut plug dan mengangkat radio.

Eh! Kau nak buat apa ni? 

Fizah panik. Mimah diam, sambil menjinjing radio itu menuju ke belakang. Fizah bangun dan mengekori Mimah. Teman-teman lain turut bangun.

Mimah! Pulang balik radio aku! Mimah tersenyum sinis sambil membuka tingkap belakang.
Mimah! Kau jangan cari fasal ye? Fizah memberi amaran.

Baik kau.... belum habis ayat, radio di tangan Mimah kini sudah tiada. Fizah ternganga. Tak lama kemudian dia dapat mendengar bunyi berkecai nun di bawah. Mimah menyapu tangan sambil meninggalkan Fizah yang kini cuma melihat bangkai radio barunya berkecai di bawah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Oley!!

Sayangi Ibu

Budak ni sebak kerana Kehilangan Ibunya, Ibunya cuba meleraikan air mata anak ny a sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.. Peringatan Untuk Semua, Walau apa pun sekali yang berlaku di antara anda dan ibu anda, jangan la anda cuba menderhaka kepada nya. share atau like dan renungkan.... Orang kata aku lahir dari perut ibu.. Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu Bila lapar, yang suapkan aku..ibu Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu! Bila bangun tidur, aku cari.. ibu Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu Bila nak bermanja… aku dekati ibu Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu Bila nakal, yang memarahi aku… ibu Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..ibu Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu Aku selalu teringatkan ..Ibu Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu Bila seronok… orang pertam...

Ketika Mantan ‘Ulama’ Syiah Ini Pindah pada Keyakinan Islam

*Sekilas Syiah* Ketika Mantan ‘Ulama’ Syiah Ini Pindah pada Keyakinan Islam, Sang Istri Minta Cerai.   Penganut Syiah di Timur Tengah, digemparkan oleh Wesal TV Arab Saudi yang menyajikan acara “panas”. Pasalnya, tamu dalam acara tersebut adalah salah seorang mantan ‘ulama’ Syiah, ‘ulama’ hadits, fiqh dan ushul agama Syiah sekaligus sebagai marja’ (ulama rujukan) dalam komunitas syiah. Ia kini berwajah sebagai seorang ulama Islam yang sangat handal. Semalam ia muncul untuk pertama kalinya secara resmi sebagai seorang ulama Islam, setelah sebelumnya ia kerap muncul sebagai ‘ulama’ Syiah yang berserban hitam ala Syiah. Biasanya jika sudah menjadi marja’, uang jutaan dolar dari hasil “khumus” akan memenuhi rekening banknya di Swiss, Jerman, Prancis atau Negara Eropa lainnya. Sebab semua uang khumus-nya kaum Syiah, penempatannya diatur oleh seorang marja’ sekehendaknya. Dengan segala kekay...