Sejambak bunga segar diserahkan kepada Mimah, membuatkan gadis itu terkejut. Kenapa ni Encik Suhaimi? Mimah sudah merah padam. Saja, belikan untuk awak, Suhaimi senyum. Mimah teragak-agak. Ambil sajalah orang dah beli... cuba awak ceria sikit... Mimah tersenyum kecil, terasa lucu pula dia bila dilayan begitu. Terima kasih, Sama-sama... esok jangan lupa, saya belanja awak makan buka puasa di Klang pulak, Klang? Jauh tu, Tak apa, lepas siapkan kerja kita pergilah. Saya dah tempah table, Suhaimi senyum. Saya, saya tak mahu nanti orang mengata pula Encik Suhaimi, Biarlah, dia orang ada mulut, kita tak boleh tutup mulut orang Mimah... Mimah senyum, terasa ada ketenangan yang dibentuk oleh lelaki itu dua tiga hari ini. Saya keluar dululah Encik Suhaimi. Terima kasih sebab hantar balik dan, bagi bunga ni, Tak apa, kalau bunga ni membuatkan awak ceria, hari-hari saya belikan pun tak apa, kata-kata itu membuatkan Mimah tergelak kecil. Ha... kan bagus kalau k...
Blog ini diwujudkan untuk menjadi ruang menyimpan artikel menarik orang lain dan artikal yang aku cuba-cuba tulis untuk diriku dan sesiapa sahaja yang sudi membaca..