Langkau ke kandungan utama

Hening Syawal (Siri 5)

Hari ini, sudah 25 Ramadhan. Beberapa hari saja lagi anak-anak kota akan beransur pulang ke kampung halaman masing-masing. Mimah cuma melihat saja lampu-lampu kereta yang bersimpang siur di luar sana. 

Ada beberapa tugasan lagi perlu dia selesaikan sebelum pulang ke rumah sewa. Dia tahu, saat ini mesti Batrisya sibuk mengemas apa-apa yang patut.

Termenung?
Eh! Encik... Mimah tersedar. Segera dia kembali ke mejanya dan menyambung kerja.
Banyak lagi yang belum siap ke? Suhaimi membetulkan cermin matanya.
Boleh tahan, jawab Mimah ringkas.

Kalau tak sempat habis, awak sambunglah lepas raya nanti, Suhaimi bersuara. Tak sampai hati pula dia melihat kesungguhan gadis pendiam itu. Sejak minggu lepas mereka menyelesaikan beberapa report penting, dia dapat merasakan Mimah sangat komited terhadap tugas yang diberikan.

Bila awak cuti raya? Mimah terdiam. Tak sangka itu yang akan keluar dari mulut lelaki itu. Dia tekun menaip, tak menghiraukan pertanyaan itu.

Saya raya sendiri tahun ni, Suhaimi menarik kerusi, duduk tidak jauh dari meja Mimah.
Mimah kampung di mana? Mimah terhenti.

Saya tak pernah merasa beraya di kampung. Mak ayah orang KL, tapi sekarang ni dia orang umrah di Mekah, hari raya kelima baru balik,

Raya di mana-mana pun sama Encik, perlahan saja suara Mimah. Lelaki itu tersenyum.
Saya teringin sangat nak merasa beraya di kampung, kawan-kawan saya kata, beraya di kampung ni seronok, Suhaimi tersenyum, cuba membayangkan suasana itu.

Kalau hari raya, apa hidangan utama keluarga Mimah? Mimah mendiamkan diri. Lama dia merenung skrin komputernya. Kata-kata lelaki itu benar-benar menggugat hatinya. Kala itu wajah emak dan ayah mula terbayang.

Encik, ada apa-apa lagi ke? Kalau ada apa-apa yang perlu saya buat encik letaklah di atas meja ni. Kalau tak ada apa-apa, tolong tinggalkan saya di sini. Saya tak boleh buat kerja kalau ada orang memerhatikan saya, pinta Mimah, perlahan tapi tegas. Suhaimi sedikit terkejut tak terkata.

Saya tak ada niat nak mengganggu,
Saya tahu, tapi saya tak boleh encik memerhatikan saya di sini, maafkan saya, Suhaimi menganggukkan kepala dan bangun dari kerusi.

Mimah... Mimah menoleh.
Anggaplah saya ni kawan kalau tak keberatan. Sejak saya berkhidmat di sini 6 bulan lalu, saya lihat awak lebih suka menyendiri. Saya rasa awak perlukan kawan dan saya sedia menjadi pendengar apa saja masalah awak Mimah. Mimah cuma tunduk. Tak ada sesiapa yang akan faham apa yang membelenggu jiwanya. Semua orang di dunia kota ini mementingkan diri sendiri.

Setitis... air mata Mimah gugur sewaktu lelaki itu melangkah ke biliknya....

Bersambung

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sayangi Ibu

Budak ni sebak kerana Kehilangan Ibunya, Ibunya cuba meleraikan air mata anak ny a sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.. Peringatan Untuk Semua, Walau apa pun sekali yang berlaku di antara anda dan ibu anda, jangan la anda cuba menderhaka kepada nya. share atau like dan renungkan.... Orang kata aku lahir dari perut ibu.. Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu Bila lapar, yang suapkan aku..ibu Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu! Bila bangun tidur, aku cari.. ibu Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu Bila nak bermanja… aku dekati ibu Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu Bila nakal, yang memarahi aku… ibu Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..ibu Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu Aku selalu teringatkan ..Ibu Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu Bila seronok… orang pertam...

Oley!!

Pantun Sakit Hati

Buah cempedak di luar pagar Ambil galah tolong jolokkan Kenapa kau nak jolok pakai galah Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar . Kalau ada sumur di ladang Bolehlah hamba menumpang mandi Patutlah bau badan kau busuk semacam Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang.. Pisang emas dibawa berlayar Masak sebiji di atas peti Kat pasaraya tak ada hutang hutang Kalau nak, bayar, Cash On Delivery Kalau ada jarum yang patah Jangan di simpan di dalam peti Kesian betul dengan kau ni Jarum patah pun kau simpan dalam peti. Dua tiga kucing berlari Mana nak sama si kucing belang Kalau kau berani kejarlah kucing tu Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak.. Kajang Pak Malau kajang berlipat Kajang hamba mengkuang layu Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat Kain aku, si pencuri yang sapu Rumah Pak Mamat di tepi sawah Pakai langsir berwarna biru Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke. Air pasang dalam surut pukul lima Nyonya bangun pa...