Tengah malam habis ceramah live tv al hijrah. Pusing berdua dengan staf saya di kl macam biasa. Sekali nampak anak-anak ini lepak dekat kl. Tengok jam dah pukul 12malam.. Terus singgah berhenti kereta. Saya turun dulu. Suh kawan saya yang selalu drive cari parking. Sampai-sampai ada beberapa anak ini yang saya pernah jumpa sebelum ini. Terus beri salam. Mereka datang dan peluk saya. 10 remaja lelaki. 2 remaja perempuan. Saya tanya dah makan. Jom belanja makan. Jom ustaz lapar belum makan. Duduk mana ni? Ada yang dari selayang,wangsa maju,danau, cheras. Merata-rata tempat tinggal mereka. Sedih lak. Ramai yang ukir tatu kat belakang. Walau tatu tak kekal. Mereka lukis belakang badan kawan-kawan. Ada yang lukis kat tangan. Masing-masing order makanan dan air. Mereka malu-malu bila nak order. Sebab mungkin risau nak order. Bila makan, saya mula suap mereka. Mereka happy jer kena suap. Wah ustaz makan suap-suap. Kata yang perempuan 2 orang tu. Ish, suap lelaki jer..hehe.. Saya kata...
Blog ini diwujudkan untuk menjadi ruang menyimpan artikel menarik orang lain dan artikal yang aku cuba-cuba tulis untuk diriku dan sesiapa sahaja yang sudi membaca..