Langkau ke kandungan utama

Mereka tu anakmu jua.

Tengah malam habis ceramah live tv al hijrah. Pusing berdua dengan staf saya di kl macam  biasa. Sekali nampak anak-anak ini lepak dekat kl. Tengok jam dah pukul 12malam..

Terus singgah berhenti kereta. Saya turun dulu. Suh kawan saya yang selalu drive cari parking. Sampai-sampai ada beberapa anak ini yang saya pernah jumpa sebelum ini. Terus beri salam. Mereka datang dan peluk saya. 10 remaja lelaki. 2 remaja perempuan.

Saya tanya dah makan. Jom belanja makan. Jom ustaz lapar belum makan. Duduk mana ni? Ada yang dari selayang,wangsa maju,danau, cheras. Merata-rata tempat tinggal mereka.

Sedih lak. Ramai yang ukir tatu kat belakang. Walau tatu tak kekal. Mereka lukis belakang badan kawan-kawan. Ada yang lukis kat tangan. Masing-masing order makanan dan air. Mereka malu-malu bila nak order. Sebab mungkin risau nak order. Bila makan, saya mula suap mereka. Mereka happy jer kena suap. Wah ustaz makan suap-suap. Kata yang perempuan 2 orang tu. Ish, suap lelaki jer..hehe..

Saya kata jom solat. Ustaz,mandi wajib pun belum dah lama tak mandi wajib. Ada yang bau rokok. Ada yang bau gam. Sedih gak kecil-kecil lagi. Tapi mereka semua baik-baik sangat. Benar bila dalami mereka semua ada masalah keluarga. Tekanan hidup dan jiwa anak yang ingin kebebasan. Mereka kadang-kadang salah pilih jalan.

Saya dah try beberapa kali. Bila ajak naik kereta memang diaorang suka. Wah best kereta ustaz. Tak pernah naik kereta macam ni..

Saya kata adik tidur mana malam ni. Mulalah dengar gurau mereka. Tapi sedih campur risau. Ada kata, tidur rumah Dato gay ini lah. Siap nak beli anak ini rm3k. Ada rm10k. Sebab ada antara mereka yang ada rupa. Ya Allah.sedihnya dengar..Tidur rumah nyonya ibu ayam ini lah. Walau bergurau tapi saya risau dengar..saya pernah lihat mereka beberapa kali tidur tepi bank. Tidur tepi bangunan. Sedih sangat rasa..ya Allah..

Jom ustaz check inn kan hotel nak tak. Jom. Diaorang semua suka. Pergi hotel pertama tak bagi sebab ramai sangat. Alhamdulillah last hotel dapat sewa. 2 katil king. Rm220. Kami pun masuk bilik. Macam pergi camping. Dan 2 remaja tu beri bilik kecil yang lain..tapi dekat-dekat..

Masuk jer bilik mereka gilir-gilir mandi. Ada seorang kasut dah tercabut. Ada seorang tu baju itulah dia pakai setiap kali jumpa. Lama mereka mandi. Mandi ramai-ramai. Haha..seram juga..macam duk asrama. Tuala ada 3 jer..baju sehelai sepinggang. Masa tunggu mandi mereka buka tv ada program agama. Mereka tengok Hafiz dan hafizah Al-Quran. Seorang cakap. Mak saya ada cuba hantar saya ke sana. 2 hari saya lari ustaz. Saya takutlah. Eleh..kata kawannya. Seorang remaja perempuan tu kata namanya macam ustazah dekat tv tu. Nanti saya leh jadi camtu tak. Saya kata lebih dari itu lagi adik. Adik baik bertudung cantik. Nanti Allah bagi jadi macam ustazah tu..

Habis mandi kami solat. Semua solat dengan tertib. Sedap seorang tu iqamah. Lepas solat,saya beri tazkirah dan dengar kisah hidup mereka. Sedih dengar. 2 remaja ini lepas sesi tu asyik senyap. Dia menangis. Saya peluk. Seorang baru 14. Seorang lagi 16 tahun. Dengarlah kisah remaja. Orang ini ajak bergaduh lah. Putus cinta lah. Masalah macam-macam. Sedihkan..siapa sangka dikala umur begitu segala susah datang..

Lepas solat dan berbual. Mereka lapar. Saya turun bungkus nasi goreng ayam dan milo ais. Mereka makan. Lepas tu semua lena...

Masa tengok anak ini lena. Saya tak boleh tidur. Saya cuma menangis. Kerana ramai anak begini di luar sana. Ujian dan tekanan hidup. Menangis dan otak saya tak berhenti fikir semua ini..

Mungkin sekali tengok semua orang takut tengok remaja begini. Tetapi bila mereka makan,tidur, berbual mereka cuma anak-anak yang dahagakan kasih sayang dan didikan..

Ya Allah maafkanlah diriku. Ini semua salah diriku kerana tak bersungguh berdakwah. Ya Allah maafkanlah kami semua. Bimbinglah semua anak remaja kami.

Saya yakin dengan iman dan sunnah manusia akan jadi baik. Sebab Allah yang jadikan manusia. Setakat ini saya tak jumpa lagi orang tak boleh jadi baik jika mereka mula niat baiki diri, berusaha belajar, dan duduk dalam suasana iman. Tapi biasalah kita lebih sibuk nak jaga hati orang dan korbankan anak bangsa kita. Terlupa remaja Islam ini akan jadi baik dengan Islam Khair. Saya redha. Saya akan teruskan cari mereka sikit-sikit begini. Ya Allah mudahkanlah semuanya.. Pohon doa semua. Itu lagi berharga dari segala isi dunia. Doa saudaranya untuk saudara Islamnya...

Doa tuan puan sangat berharga buat saya. Mereka semua baik-baik. Doakan saya juga untuk buat resort buat anak-anak gelandangan ini.

Sesiapa yang ingin infak buat kasih umat melalui akaun:
8603306241 (CIMB)
kasih umat training

Cnp fb ust Ebit Lew

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

30 Adab Berjiran Yang Mesti Diamalkan

(1)  Sentiasa mewujudkan suasana kemesraan melalui usaha kenal-mengenal dan hormat menghormati antara satu sama lain. Antara caranya dengan memulakan salam jika bertemu dengan sesama Muslim atau ucapan penghormatan yang baik jika bertemu dengan bukan Muslim.Sentiasa bertoleransi samada yang melibatkan urusan keagamaan,adat resam, budaya, cara hidup dan lain-lain lagi. (2)  Tidak menyakiti mereka samada melalui perkataan, perbuatan atau sekadar sangkaan buruk.Jiran yang jahat dan tidak berakhlak digambarkan sebagai lembaga hitam yang telah dirasuk syaitan sehingga tergamak melakukan kejahatan dan kedurjanaan sehingga menimbulkan ketakutan dan kegerunan kepada insan lain. Rasul SAW pernah bersabda; “ Demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman. Sahabat bertanya: “Siapakah (yang tidak beriman itu) ya Rasulullah?” Rasulullah SAW menjawab : ” Orang yang menyebabkan jirannya tidak merasa aman (selamat dan tenteram) lan...

Hening Syawal (siri 1)

Batrisya masih lagi sibuk di dapur. Aroma biskut raya yang dibakar dari oven menusuk-nusuk ke lubang hidung. Sejak dua hari lalu gadis itu mengambil cuti sempena menyiapkan kuih-kuih raya yang bakal dibawa pulang ke kampung. Mimah melontarkan tubuhnya ke atas kerusi. Rancangan di televisyen masih lagi memutar aksi chef dan hidangan berbuka puasanya. Sebuah keluhan dilepaskan, sambil dia mencapai kusyen kecil untuk didakap ke dada. Mimah! Mai tolong aku sat!  Mimah menarik nafas mendengar teriakan itu. Dah agak dah mesti dia akan dipanggil! Mimah! Apa dia? Batrisya yang sedang menyorong dulang kuih hampir terlompat. Tak sangka sepantas itu Mimah datang ke dapur. Kau ni terkejut aku,  dia mengurut dada, membuatkan Mimah tersengih. Keadaan di dapur berselerak. Mimah menggeleng kepala. Anak mami sorang ni kalau buat kerja memang bersepah di sana sini. Tengoklah dapur ni. Sepanjang pagi selepas bersahur tadi, semuanya telah dikemaskan. Sakit lagi pinggang Mimah kerana mencuc...

KENAPA KAMU DIAM?

Kenapa kamu diam? Apabila kamu di dalam kereta, atau berjalan-jalan, atau berada di pasar, atau ketika di pejabat atau di mana-mana sahaja. Kenapa kamu diam? Sedangkan setiap detik daripada umur kamu itu dihisab oleh Allah. Ucaplah Istighfar, bacalah Al-Quran. Jika kamu tidak hafal, maka bacalah dan ulanglah Al-Fatihah seribu atau dua ribu kali nescaya ia takkan memudharatkanmu bahkan ia memberi manfaat. Kenapa kamu diam? Beristighfarlah, bertahlillah (sebut لا ٳله ٳلا الله). Bila kamu berhenti di lampu isyarat sambil menanti lampu hijau, kenapa kamu diam? Beristighfarlah, Bacalah, Ulanglah... Kenapa kamu diam??? Sebarkanlah...dan in shaa Allaah kamu akan diberi ganjaran. Oleh: Dr Abdul Aziz Al-Sadhan #diamdiamberisi #IniBahagianDakwahJakim Zikir Rabbaniyah Amalkan setiap hari - Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi - nak tenang, nak selesa dalam hidup & nak rasa dekat dengan Allah amalkan zikir2 ini : 1. A...