Langkau ke kandungan utama

ANTARA SYAHADAH ADAT DENGAN SYAHADAH SYAR'IAH

Tajuk: *Bicara Syahadah*

Pengertian *ADAT*.
Kelakuan  atau tradisi sesuatu bangsa yang menjadi budaya atau amalan dalam kehidupan mereka yang mereka sering melakukan secara berulangan.

Mana2 ADAT yang bercanggah dengan SYARAK adalah tertolak melainkan ia adalah suatu amalan yg baik.

Manakala, para Fukaha pula mentakrifkan adat seperti berikut ;

الامر المتكرر من غير علاقه عقليه

Maksudnya : Perkara yang *diulang-ulangkan* tanpa perkaitan daripada segi akal.

Makna *'perkara'* dalam maksud ayat diatas adalah yang menerangkan *perkataan* atau *perbuatan,* manakala *'yang diulang-ulangkan'* bermaksud perkara yang diulang-ulangkan beberapa kali. Oleh yang demikian , perbuatan tersebut dinamakan *ADAT*.

Sebaliknya perkara yang dilakukan *sekali sahaja*, tidak dinamakan adat, begitu juga halnya jika perkara tersebut berulang tetapi mempunyai perkaitan dari segi akal .

Manakala perkara *SYAR'IAH* ialah merujuk kpd segala *PERINTAH Allah*  dan segala *LARANGANNYA* yang terkandung di dalam *Al-Quran dan Al- Hadis Nabi saw*, yang mana bahasan hukum tersebut terdapat di dalam Hukum Taklifi & Hukum Wadhi'e.

*PERSEPSI MASYARAKAT ISLAM TERHADAP DUA KALIMAH SYAHADAH* (Alam Melayu Nusantara, Arab, Pakistan, Afrika dll)

Bahasannya ialah:
A. SECARA *ADATNYA* TIDAK LAGI PERLU  BERSYAHADAH KERANA *di percayai* SUDAH ISLAM SEJAK DI LAHIRKAN DAN BERADA DALAM KELUARGA ISLAM _(Muslim Keturunan / Muslim Kauni)_.

B. SECARA *SYAR'AHNYA* WAJIB MENGUCAP SYAHADAH KERANA *WAKTU WAJIB* BERSYAHADAH IALAH KETIKA *AQIL BALIGH* DLM HUKUM TAKLIFI & WADHI'E

Kita akan *bincang* bukan *menghukum* ttg permasalahan PERLUKAH di terima semula syahadah sebagai syarat Islam ataupun TIDAK?

Kekadang masyarakat keliru bila sesuatu perkara sudah lama diamalkan, tiba2 ada hujjah di bawa utk memperbetulkan kedudukan sesuatu hukum itu maka ia dipandang serong seolah2 perbuatan lampau dulu tidak betul.

Teguran yg dibuat itu bukan utk menyalahkan perbuatan lampau ttp utk menambahbaikan agar agama yang di amal itu lebih baik dan sempurna.

Berbalik persoalan BERSYAHADAH yg kita sdg bicarakann ini. Pada ADATNYA masyarakat Melayu Nusantara sudah terbiasa _*Setiap anak yang di lahirkan dlm keluarga Islam sudah di kira Islam* dan *apabila Aqil Baligh tak perlu lagi bersyahadah* kerana di kira sudah Islam._ Sebenarnya ini sudah tidak pertikaian di kalangan masyarakat Melayu Islam.

Sungguhpun demikian, seolah-olah perkara *Kewajipan Bersyahadah* ini disembunyikan, dan jika di rujuk kembali di dalam Hukum Syarak pada bab *Hukum Taklifinya* iaitu ada:
-  (Waktu) *WAJIB*
-  (waktu) *SUNAT,*
-  (waktu) *HARUS*
-  (waktu) *MAKRUH*
-  (waktu) *HARAM* 

Apabila diperhalusi bagi setiap satu Rukun Islam itu ada *5 waktu* yg di bahagi kpd 3 segmen iaitu:

- Perintah Allah supaya mengerjakan yang *WAJIB* & yang *SUNAT*,

- Perintah Allah supaya menjauhi yang *HARAM* & yang *MAKRUH*,

- Perintah Allah boleh memilih diantara yang (Mubah) *HARUS*.

Manakala bagi setiap *RUKUN ISLAM* itu ada waktu dan ketika untuk *mengerjakannya*, maksudnya bila nak mulakan *melakukan* atau *menjauhi* atau *memilihnya* yakni Waktu wajib, sunat, harus, haram & makruh.

Kita ambil *WAKTU WAJIB* dulu:

1. *Syahadah*: AQIL BALIGH atau bila sampai seru atau dapat hidayah,

2. *Solat*: 5 waktu sehari smlm - Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, Isya.

3. *Puasa*: Bulan Ramadhan.

4. *Zakat*: Cukup haul (setahun) & nisab (jumlah nilai)

5. *Haji*: Bulan Zulhijjah di Makkatul Mukarramah iaitu bulan haji.

Oleh kerana Islam itu datangnya bersama Iman, Ihsan, Tauhid dan Makrifah, maka menerima Dua Kalimah Syahadah itu bererti:

(BERNIAT) *Menerima keseluruhan Iman, Islam, Ihsan, Tauhid dan Makrifat; di atas makna sekeliannya dan juzuk2nya*.

Oleh kerana Islam itu lengkap, sempurna, mulia, hebat sptmana Rasulullah saw, para sahabat baginda saw, para ulama Ahlillah, maka atas kemuliaan Islam Allah menangkan Islam di bawah pimpinan baginda Nabi saw dan dibawah pimpinan para sahabat baginda. Dan adalah mustahil Islam itu lemah kerana Islam itu agama Samawi / Tauhid dari Allah.

Akan tetapi *penganut Islam semakin lemah* dan kegerunan org kafir terhadap org org Islam semakin hilang malahan kaum kuffar dgn berani mencerca dan menghina umat Islam, KENAPA?

Kita bukan hakim utk menentukan KENAPA,kerana setiap yg berlaku di atas muka bumi ini sudah ada di dalam QADA & QADAR Allah dan kita tak boleh pergi *beyond that*.

NAK TAHU JUGA BAGAIMANA KEADAAN *MUSLIM KAUNI* PADA *SYAHADAH ADAT*.

Pandangan kebanyakan umat Islam terhadap Syahadah adalah sekadar utk *MENJADI MUSLIM* dan bila *Nak Mati* Wajib Mengucap Syahadah. Ini sudah menjadi kelaziman bagi masyarakat muslim kebanyakannya, begitu juga saya sebelum ini.

Selain daripada itu *PENDIDIKAN KHUSUS TTG SYAHADAH HILANG BEGITU SAHAJA*. Samaada *sengaja* dihilangkan atau sebab Umat Islam tak berminat mempelajarinya ada kemunkinan2nya. Walau apapun agenda Yahudi dan Dajjal aerta kuncu-kuncunya utk menakluki dunia adalah jelas dan musuhnya dan penghalangnya adalah Islam.

Dan tidaklah hairan sejarah telah membuktikan lebih dari 500 tahun yg lalu penjajah Portugis, Belanda dan Inggeris telah *menjajah* Tanah Melayu, dan penjajahan itu bukan sahaja sekadar berbentuk FISIKAL malahan juga secara SPRITUALNYA dgn membuang dan menghilangkan *pegangan* & KEKUATAN UMAT ISLAM
di waktu itu.

Maka tidak hairanlah jika PENGAJIAN KHUSUS tentang Dua Kalimah Syahadah telah dihilangkan dan dipadamkan dari silibus pendidikan kerana disitulah TERLETAKNYA KEKUATAN UMAT ISLAM.

Dan akhir sekali RUKUN ISLAM pegangan umat Islam hanya tinggal *EMPAT (tiang)*  sahaja kerana *TIANG SERI SYAHADAH* telah  dipadam dan dihilangkan secara lemah lembut dengan ungkapan *MELAYU ISLAM, ISLAM MELAYU*; dan org Melayu tidak perlu lagi BERSYAHADAH kerana sudah Islam sejak dilahirkan.

Maka umumnya masyarakat Melayu Islam mula menerima SOGOKAN kenyataan ini dan terus *MEWARISINYA* secara *turun-temurun* sehingga menjadi *ADAT* dan pegangan yang kuat beratus tahun silam. Maka hanya 4 TIANG sahaja yang *diHIDUPKAN* dan diberi fokus iaitu Solat, Puasa, Zakat & Haji dan lain2 perkara CABANG kpd Islam.

Justeru, tanpa TIANG SERI SYAHADAH, runtuhlah suatu *INSTITUSI* agung dalam sejarah umat Islam kerana *kelalaian* & *kealpaan* umat Islam terhadap pegangan mereka pada agama mereka. *Mana ada RUMAH yang boleh kuat dan kukuh jika tiada TIANG SERINYA?*

Lama kelamaan *pahaman* ini terus menjadi ADAT KEKAL dalam masyarakat Melayu Muslim, malahan juga pahaman Islam Adat ini juga berlaku di negara2 Arab Yaman, Saudi, Mesir, Afrika dan lain2.

Terpulanglah kepada anda pembaca utk menilainya dari kacamata anda sendiri, samaada anda INGIN MENERUSKAN BUDAYA ADAT SYAHADAH itu atau *mengubah* dgn *menyerahkan* diri anda kpd Hukum Syarak Allah swt.

*KEMULIAAN SYAHADAH*.
Kekuatan umat Islam bila *berpegang KUKUH* pada kelima-lima TIANG AGAMA itu. Syahadah adalah *Asas segala Asas* dan *Ibu segala Ibu* dalam AGAMA ISLAM.

*PELIKKAN*.
ISLAM bermula dgn Dua Kalimah Syahadah, tetapi SYAHADAH itu tidak dipelajari dan tidak di amali oleh penganutnya, malahan ditinggalkan pula seolah2 tidak penting.

Sepatutnya SYAHADAH itulah yang titikberatkan dan *diberi keutamaan* kerana ia:
- Kalimat Tauhid & Kalimat Rasul,

- 2 Kalimat yang membawa manusia kpd mengenal Allah swt.

- 2 Kalimat yang tertulis di Pintu Syurga,

- 2 Kalimat yang menjadikan seseorg itu MUSLIM,

- 2 Kalimat yang mengeluarkan manusia dari KUFUR kepada IMAN,

- Kalimat *akhir* ucapan mana2 manusia yang yg ingin kembali kpd Tuhannya dalam keadaan Islam,

- dan dari DUA KALIMAT inilah *terbitnya Rukun-rukun Islam* yang lain.

Ini adalah antara kemuliaan dan keagungan Dua Kalimat Syahadah yang hampir tidak dipedulikan lagi oleh kebanyakan umat Islam. Bila kalimat ini tidak dipedulikan lagi pasti akan mengundang kemurkaan Allah.

Umat Islam mula menjadi hina dan dgn mudah ditewaskan dalam apa sahaja bidang sdgkan ketika Islam dipuncak Persada, Islam dipandang tersangat mulia kerana penganutnya sangat patuh kpd Allah dan Rasul-Nya kerana mereka memiliki KEKUATAN DUA KALIMAT SYAHADAH YANG ASLI DAN SENI.

Kita, umat Islam tidak akan mampu mempertahankan maruah Agama Islam dengan hanya menyandarkan kpd *MUSLIM KETURUNAN*, kerana Muslim Kauni itu tidak ASLI Islamnya sbb keturunan.

*ISLAM IALAH ISLAM*. Tidak ada ISLAM BAKA atau ISLAM KETURUNAN atau ISLAM TOK NENEK kerana Islam bukan *WARISAN* ibu ayah atau warisan keluarga atau warisan Bangsa Melayu. Islam tidak terhenti atas nama sesuatu BANGSA sammaada ARAB, AFRIKA, MELAYU, PAKISTAN, INDIA, INDONESIA ataunapa bangsa sekalipun.

Sesiapa saja yg mau menjadi Islam di atas dunia ini, harus *MENERIMA dan MENGUCAP* Dua Kalimah Syahadah. Jadilah diri dia Islam yang asli secara *SYAR'IAHNYA*.

Selepas KEMATIANNYA, ISLAM itu akan kembali kpd Allah. Islam hanya satu.

ISLAM tidak ada *KETURUNAN* kerana sesiapa sahaja boleh jadi MUSLIM dgn Iqrar & Tasydiq akan Dua Kalimah Syahadah. KALAU Islam itu agama keturunan maka org kafir tak boleh jadi Islam, sdgkan itu adalah TIDAK ADIL.

SELAIN ISLAM ADALAH KAFIR.

Sesiapa saja dari *Islam keturunannya* boleh kekal berada dlm warisannya, tetapi sejauh manakah kekuatan yg ada padanya (Muslim Keturunan) utk bersungguh2 menegakkan perintah & larangan Allah pada dirinya, ahli keluarganya, kaum kerabatnya......

Islam yang sebegitu bukan *ASLI* dan tiada kekuatannya keruhaniannya kerana ia *menyandarkan* Islam itu pada ibu ayahnya. Islam keturunan lebih menjurus kpd *Islam ADAT*.

Seperti yg kita bicarakan dlm mesej2 kuliah yg lepas, *DUA KALIMAH SYAHADAH* adalah kalimah KEAGUNGAN DUNIA & AKHIRAT. Barangsiapa yang mengucapkannya akan dijamin oleh Allah dan Rasulnya akan *keselamatannya, hartanya, darahnya, nyawanya, kesejahteraannya*.

Kalimah ini mengandungi kekuatan Iman, Islam, Ihsan, Tauhid, Makrifat, Kasyaf, Karomah, Manaqib, Ijabah maqbul doa, dan segala kebaikan dan kemuliaan sepertimana yang Allah kurniakan kepada sekelian Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul as dan segala Ulama Pewaris Nabi saw.

Di atas kemuliaannya itulah Islam menjadi mulia dan penganutnya menjadi mulia dan terhebat. Akan tetapi apabila umat sudah tidak mengambil peduli akan KEMULIAANNYA, maka umat mulai kehilangan sesuatu yang sangat berharga dan satu demi satu NEGARA ISLAM tersungkur di baham oleh puak2 kuffar kerana SIRNA ISLAM yg sepatutnya di pelihara, dijaga ttp terlepas HILANG dalam kealpaan umat.

Sdgkan *PERMATA SYAHADAH* itu masih KEKAL berada di BUMI ini dan terus menerus di *JUNJUNG* oleh para ulama pewaris Nabi dan  sedang menunggu kembali *kebangkitannya* oleh "tangan" MANUSIA AGUNG akhir zaman yang akan LAHIR memakmurkan bumi dgn SYARIAT2 Allah utk kali *TERAKHIRNYA* sebelum KIAMAT menjengah tiba. Allahu Akbar.

Bukan senang utk mengubah *persepsi* masyarakat tentang MASALAH Syahadah ini kerana perkara ini sudah menjadi tradisi masyarakat Islam sejak RATUSAN TAHUN yang lalu.

Walau apa pun kita sebagai muslim mencari penyelesaian terbaik, kerana kita bukan HAKIM utk menentukan KEISLAMAN sesiapa sahaja. Mesej2 kuliah ini hanya sebagai panduan bukan menetapkan hukum.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Oley!!

Sayangi Ibu

Budak ni sebak kerana Kehilangan Ibunya, Ibunya cuba meleraikan air mata anak ny a sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.. Peringatan Untuk Semua, Walau apa pun sekali yang berlaku di antara anda dan ibu anda, jangan la anda cuba menderhaka kepada nya. share atau like dan renungkan.... Orang kata aku lahir dari perut ibu.. Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu Bila lapar, yang suapkan aku..ibu Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu! Bila bangun tidur, aku cari.. ibu Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu Bila nak bermanja… aku dekati ibu Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu Bila nakal, yang memarahi aku… ibu Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..ibu Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu Aku selalu teringatkan ..Ibu Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu Bila seronok… orang pertam...

Ketika Mantan ‘Ulama’ Syiah Ini Pindah pada Keyakinan Islam

*Sekilas Syiah* Ketika Mantan ‘Ulama’ Syiah Ini Pindah pada Keyakinan Islam, Sang Istri Minta Cerai.   Penganut Syiah di Timur Tengah, digemparkan oleh Wesal TV Arab Saudi yang menyajikan acara “panas”. Pasalnya, tamu dalam acara tersebut adalah salah seorang mantan ‘ulama’ Syiah, ‘ulama’ hadits, fiqh dan ushul agama Syiah sekaligus sebagai marja’ (ulama rujukan) dalam komunitas syiah. Ia kini berwajah sebagai seorang ulama Islam yang sangat handal. Semalam ia muncul untuk pertama kalinya secara resmi sebagai seorang ulama Islam, setelah sebelumnya ia kerap muncul sebagai ‘ulama’ Syiah yang berserban hitam ala Syiah. Biasanya jika sudah menjadi marja’, uang jutaan dolar dari hasil “khumus” akan memenuhi rekening banknya di Swiss, Jerman, Prancis atau Negara Eropa lainnya. Sebab semua uang khumus-nya kaum Syiah, penempatannya diatur oleh seorang marja’ sekehendaknya. Dengan segala kekay...