Batrisya masih lagi sibuk di dapur. Aroma biskut raya yang dibakar dari oven menusuk-nusuk ke lubang hidung. Sejak dua hari lalu gadis itu mengambil cuti sempena menyiapkan kuih-kuih raya yang bakal dibawa pulang ke kampung. Mimah melontarkan tubuhnya ke atas kerusi. Rancangan di televisyen masih lagi memutar aksi chef dan hidangan berbuka puasanya. Sebuah keluhan dilepaskan, sambil dia mencapai kusyen kecil untuk didakap ke dada. Mimah! Mai tolong aku sat! Mimah menarik nafas mendengar teriakan itu. Dah agak dah mesti dia akan dipanggil! Mimah! Apa dia? Batrisya yang sedang menyorong dulang kuih hampir terlompat. Tak sangka sepantas itu Mimah datang ke dapur. Kau ni terkejut aku, dia mengurut dada, membuatkan Mimah tersengih. Keadaan di dapur berselerak. Mimah menggeleng kepala. Anak mami sorang ni kalau buat kerja memang bersepah di sana sini. Tengoklah dapur ni. Sepanjang pagi selepas bersahur tadi, semuanya telah dikemaskan. Sakit lagi pinggang Mimah kerana mencuc...
Blog ini diwujudkan untuk menjadi ruang menyimpan artikel menarik orang lain dan artikal yang aku cuba-cuba tulis untuk diriku dan sesiapa sahaja yang sudi membaca..