Langkau ke kandungan utama

30 Adab Berjiran Yang Mesti Diamalkan


(1)  Sentiasa mewujudkan suasana kemesraan melalui usaha kenal-mengenal dan hormat menghormati antara satu sama lain. Antara caranya dengan memulakan salam jika bertemu dengan sesama Muslim atau ucapan penghormatan yang baik jika bertemu dengan bukan Muslim.Sentiasa bertoleransi samada yang melibatkan urusan keagamaan,adat resam, budaya, cara hidup dan lain-lain lagi.


(2)  Tidak menyakiti mereka samada melalui perkataan, perbuatan atau sekadar sangkaan buruk.Jiran yang jahat dan tidak berakhlak digambarkan sebagai lembaga hitam yang telah dirasuk syaitan sehingga tergamak melakukan kejahatan dan kedurjanaan sehingga menimbulkan ketakutan dan kegerunan kepada insan lain.
Rasul SAW pernah bersabda;

“ Demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman.

Sahabat bertanya: “Siapakah (yang tidak beriman itu) ya Rasulullah?”

Rasulullah SAW menjawab : ” Orang yang menyebabkan jirannya tidak merasa aman (selamat dan tenteram) lantaran kejahatannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis yang lain dinyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda;

“ Tidak masuk syurga, barangsiapa yang jirannya tidak merasa aman(selamat dan tenteram) lantaran kejahatannya.” (Riwayat Muslim)


(3)  Sentiasa menuturkan kata-kata yang baik dan menghormati mereka sebagai manusia.

(4)  Sentiasa merendahkan diri dan berlemah-lembut dengan mereka dan mengelak diri dari bersikap takbur.

(5)  Sentiasa bersedia memberikan sebarang bentuk bantuan dan pertolongan yang diperlukan.

(6)  Menyayangi mereka seperti mana kita menyayangi diri kita sendiri. Oleh yang demikian kita hendaklah sentiasa berusaha untuk melakukan perkara yang menjadi kesukaan mereka, selagi tidak bertentangan dengan syariat agama dan sama-sama berusaha menghindarkan perkara-perkara yang mereka tidak sukai.

(7)  Sentiasa mengambil berat dan bersimpati terhadap segala permasalahan yang sedang mereka hadapi sama ada yang berkaitan dengan masalah keagamaan, kekeluargaan atau rumah tangga, kejiwaan, kesihatan,pelajaran, , kewangan, makan-minum, dan sebagainya. Sentiasa mempamerkan akhlak yang mulia sesama jiran sehingga akhirnya melahirkan perhubungan kejiranan yang lebih mesra dan lebih akrab.

(8.)  Tidak memandang rendah dan saling menghina sesama jiran, sebaliknya hendaklah sentiasa hormat menghormati dan harga-menghargai,termasuklah menghargai dan berterima kasih terhadap apa jua pemberian,khidmat dan pertolongan yang diberikan.

(9)  Mengutamakan jiran yang terdekat rumahnya dengan rumah kita.Penetapan jiran terdekat ialah 40 buah rumah yang berada di sekeliling rumah kita, sama ada di kiri, kanan, hadapan dan belakang. Terdapat tiga kategori jiran : (1)Jiran muslim yang ada hubungan kekeluargaan, mereka mempunyai tiga hak iaitu sebagai jiran, keluarga dan seorang Muslim. (2)Jiran Muslim yang mempunyai dua hak, iaitu hak jiran dan hak seorang Muslim.(3)Jiran bukan Islam, yang mempunyai satu hak iaitu hak jiran.

(10)  Sentiasa berusaha mewujudkan suasana aman, damai, tenteram, sejahtera dan ceria dalam kehidupan berjiran. Faktor inilah juga yang menyebabkan Rasulullah SAW menyatakan bahawa antara rukun-rukun kebahagiaan ialah ‘jiran yang baik’.

(11)  Sentiasa memelihara diri agar tidak melakukan sebarang kesalahan dan kerosakan serta mencemar maruah dan diri jiran, termasuklah terhadap isterinya,anak-anaknya, harta bendanya dan lain-lain lagi.

(12)  Elakkan sikap terlalu suka mengambil tahu hal ehwal peribadi dan keluarganya, kecuali setelah mereka sendiri mengadu untuk mendapatkan bantuan kita untuk menyelesaikannya.

(13)  Bantulah mereka apabila mereka ditimpa kesusahan dan mala petaka,agar hati mereka menjadi tenang dan tenteram.

(14)  Rasakan kesusahan jiran seperti kesusahan yang kita tanggung sendiri dan zahirkan kegembiraan ketika mereka bergembira, sama ada ketika mendapat rumah baru, perabut baru, kelahiran anak baru, mendapat menantu dan sebagainya.

(15)  Elakkan dari memerhatikan barangan atau apa sahaja yang dibeli atau yang dibawa pulang ke rumahnya.

(16)  Tidak cuai untuk menyeru mereka kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran dengan cara yang paling berhikmah.

(17)  Sentiasa bersabar di atas segala perlakuan buruk yang dilakukan oleh jiran, sebaik-baiknya kita hendaklah sentiasa bersedia untuk memaafkan segala kesalahan dan kesilapan dan tidak membalas segala kejahatan tersebut, sebaliknya membalasnya dengan kebaikan.

(18)  Jangan mudah terpengaruh dengan fitnah atau umpatan orang lain terhadap diri mereka.

(19)  Menziarahi mereka ketika mereka sedang sakit.

(20)  Mengurus jenazah mereka setelah mereka meninggal dunia.

(21)  Tidak menghebahkan segala kesalahan, keaiban dan kesilapan jiran.

(22)  Memberikan segala bentuk bantuan yang mereka perlukan.

(23)  Berlemah-lembut dengan anak-anaknya jiran.

(24)  Menjaga keselamatan rumah atau anak-anak mereka, ketika mereka tiada di rumah.

(25)  Mengucapkan tahniah ketika terjadi peristiwa tertentu, terutama ketika mereka memperolehi kebaikan dan kurniaan dari Allah.

(26)  Mengucapkan takziah ketika mereka ditimpa malapetaka dan bencana.

(27)  Tidak membina bangunan yang tinggi sehingga menutup laluan angin ke dalam rumahnya, kecuali setelah mendapat restu dan izin darinya.Jangan menyusahkan mereka, seperti meletakkan sesuatu yang boleh menghalang laluan ke rumah mereka.

(28)  Tidak menyakiti mereka melalui bauan enak dari masakan yang kita masak dari rumah kita. Digalakkan agar kita memberikan sedikit daripada masakan tersebut untuk mereka nikmati.

(29)  Menghadiahkan mereka dengan buah tangan yang kita beli.

(30)  Sentiasa mendoakan keselamatan dan kebahagian jiran


Petikan dari  :  “Bimbingan Mukminin” (Imam Al-Ghazali)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hening Syawal (siri 1)

Batrisya masih lagi sibuk di dapur. Aroma biskut raya yang dibakar dari oven menusuk-nusuk ke lubang hidung. Sejak dua hari lalu gadis itu mengambil cuti sempena menyiapkan kuih-kuih raya yang bakal dibawa pulang ke kampung. Mimah melontarkan tubuhnya ke atas kerusi. Rancangan di televisyen masih lagi memutar aksi chef dan hidangan berbuka puasanya. Sebuah keluhan dilepaskan, sambil dia mencapai kusyen kecil untuk didakap ke dada. Mimah! Mai tolong aku sat!  Mimah menarik nafas mendengar teriakan itu. Dah agak dah mesti dia akan dipanggil! Mimah! Apa dia? Batrisya yang sedang menyorong dulang kuih hampir terlompat. Tak sangka sepantas itu Mimah datang ke dapur. Kau ni terkejut aku,  dia mengurut dada, membuatkan Mimah tersengih. Keadaan di dapur berselerak. Mimah menggeleng kepala. Anak mami sorang ni kalau buat kerja memang bersepah di sana sini. Tengoklah dapur ni. Sepanjang pagi selepas bersahur tadi, semuanya telah dikemaskan. Sakit lagi pinggang Mimah kerana mencuc...

KENAPA KAMU DIAM?

Kenapa kamu diam? Apabila kamu di dalam kereta, atau berjalan-jalan, atau berada di pasar, atau ketika di pejabat atau di mana-mana sahaja. Kenapa kamu diam? Sedangkan setiap detik daripada umur kamu itu dihisab oleh Allah. Ucaplah Istighfar, bacalah Al-Quran. Jika kamu tidak hafal, maka bacalah dan ulanglah Al-Fatihah seribu atau dua ribu kali nescaya ia takkan memudharatkanmu bahkan ia memberi manfaat. Kenapa kamu diam? Beristighfarlah, bertahlillah (sebut لا ٳله ٳلا الله). Bila kamu berhenti di lampu isyarat sambil menanti lampu hijau, kenapa kamu diam? Beristighfarlah, Bacalah, Ulanglah... Kenapa kamu diam??? Sebarkanlah...dan in shaa Allaah kamu akan diberi ganjaran. Oleh: Dr Abdul Aziz Al-Sadhan #diamdiamberisi #IniBahagianDakwahJakim Zikir Rabbaniyah Amalkan setiap hari - Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi - nak tenang, nak selesa dalam hidup & nak rasa dekat dengan Allah amalkan zikir2 ini : 1. A...