Langkau ke kandungan utama

Hening Syawal (Siri 4)

Suasana bilik berhawa dingin itu sepi. Yang kedengaran cuma esakan kecil di sebelah Mimah.
Saya tak tahu apa salah saya pada dia Encik Suhaimi. Saya tak kacau dia, saya buat kerja saya... tapi... Esakan Fizah semakin menjadi-jadi.

Sudahlah tu... jangan menangis. Bulan puasa macam ni, tak elok bergaduh... Pengurus muda itu menghulurkan tisu. Fizah tanpa segan silu menyambut sambil teresak-esak.

Tapi, macammana dengan kerugian saya Encik Suhaimi?  Fizah sudah menjeling ke arah Mimah di sebelahnya.

Tak apa Hafizah, awak keluar dulu. Saya ada hal nak bincang dengan Amimah, tenang saja suara lelaki itu.
Terima kasih Encik, Fizah menolak kerusi, dan keluar dari bilik.

Bilik itu kembali sunyi. Mimah cuma tunduk merenung jari-jarinya. Malas dia hendak berada lama di bilik ini.

Saya cuma dengar cerita dari sebelah pihak, sekarang saya nak awak pula beritahu saya cerita dari awak. Mimah cuma menarik nafas.

Semua cerita tu betul Encik Suhaimi. Memang saya yang lambung radio dia ke bawah. Lelaki itu tersenyum. Sejak dia berkhidmat di pejabat ini, belum pernah lagi dia dapat mendengar suara gadis pendiam itu. Memang dia tak sangka gadis yang nampak lurus itu akan melakukan perkara sebegitu.
Jadi, awak mengaku salah? Mimah mengangguk. Malas dia hendak memanjangkan cerita. Buruk atau baik, memang dia lega kerana radio Fizah tidak lagi berbunyi. Sekurang-kurangnya dia perlu belajar agar jangan terlalu mementingkan diri sendiri. Kalau setakat ganti rugi itu, bila-bila dia boleh bayar harga radio yang tak sampai RM200.00

Hmm... nampaknya saya terpaksalah denda awak, Denda? Mimah mengerut kening.

Saya tak mahu kotorkan laporan prestasi awak, jadi awak kenalah buat kerja lebih masa untuk Fizah, Mimah mengerut lagi lama. Lelaki itu cuma tersenyum selamba.

Setuju tak? Seronoklah perempuan tu nanti kalau dia tahu! Tapi, takkan kerana hal kecil tu aku nak laporan prestasi aku teruk. Kerjasama dengan rakan sekerja memang dititikberatkan oleh syarikat ini. Lagipun si Fizah tu kalau tak puas hati jumpa General Manager pun dia sanggup. 

Tengoklah kes radio tu, belum apa-apa dah report pada boss. Mimah tak berkata apa-apa, cuma mengangguk perlahan.

Good, nanti saya beritahu Hafizah. Awak boleh keluar dulu, Mimah masih lagi leka menaip saat Azan Maghrib bergema. Suasana pejabat yang sudah lengang itu terasa cukup sunyi sekali. Cepat-cepat dia bangun, lalu menuju ke pantry. Segelas air sejuk penghilang dahaga diteguk. Mimah melihat jam. Dia mengeluh sendiri. Kerja-kerja yang Fizah tinggalkan masih tebal lagi. Tuhan saja yang tahu betapa geramnya dia dengan perempuan itu. Mentang-mentang boss bagi muka, ambil kesempatan. Dia kini tentulah seronok-seronok di kampung. Mimah menarik nafas dan melangkah keluar tetapi...
Uppss! nyaris mereka berlaga.

Saya tengok awak tak ada kat tempat, sebab tu saya cari kat sini, Mimah cuma diam. Lama dia memandang boss dengan tanda tanya.

Dah buka puasa? Encik Suhaimi bertanya, walaupun dia cuma nampak segelas air kosong di tangan Mimah.

Saya belikan makanan, dia menghulurkan dua bekas kepada Mimah. Mimah mengangkat kening. Belikan?
Jom, kita makan? Encik Suhaimi merenung wajah Mimah.

Kalau macam tu, saya sembahyang dulu, Mimah mencuci gelas.

Err... Encik Suhaimi tak sembahyang dulu ke? sempat dia bertanya sebelum melangkah menuju ke surau. Encik Suhaimi cuma tersengih sambil menggaru kepala yang tidak gatal. 

Bersambung..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sayangi Ibu

Budak ni sebak kerana Kehilangan Ibunya, Ibunya cuba meleraikan air mata anak ny a sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.. Peringatan Untuk Semua, Walau apa pun sekali yang berlaku di antara anda dan ibu anda, jangan la anda cuba menderhaka kepada nya. share atau like dan renungkan.... Orang kata aku lahir dari perut ibu.. Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu Bila lapar, yang suapkan aku..ibu Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu! Bila bangun tidur, aku cari.. ibu Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu Bila nak bermanja… aku dekati ibu Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu Bila nakal, yang memarahi aku… ibu Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..ibu Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu Aku selalu teringatkan ..Ibu Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu Bila seronok… orang pertam...

Oley!!

Pantun Sakit Hati

Buah cempedak di luar pagar Ambil galah tolong jolokkan Kenapa kau nak jolok pakai galah Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar . Kalau ada sumur di ladang Bolehlah hamba menumpang mandi Patutlah bau badan kau busuk semacam Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang.. Pisang emas dibawa berlayar Masak sebiji di atas peti Kat pasaraya tak ada hutang hutang Kalau nak, bayar, Cash On Delivery Kalau ada jarum yang patah Jangan di simpan di dalam peti Kesian betul dengan kau ni Jarum patah pun kau simpan dalam peti. Dua tiga kucing berlari Mana nak sama si kucing belang Kalau kau berani kejarlah kucing tu Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak.. Kajang Pak Malau kajang berlipat Kajang hamba mengkuang layu Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat Kain aku, si pencuri yang sapu Rumah Pak Mamat di tepi sawah Pakai langsir berwarna biru Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke. Air pasang dalam surut pukul lima Nyonya bangun pa...