Langkau ke kandungan utama

Hening Syawal (Siri 2)

Macammana ni Mimah? Batrisya keresahan. Dia memang sibuk sepanjang hari ni.  Tak apalah, kuih raya kau tu banyak kita makan aje la. Sebotol tu dah kenyang dah... Ala kau ni Mimah! Mimah tertawa melihat Batrisya menarik muka. 

Dah... tak apalah, aku buat goreng sardin je la. Kau masak nasi, Batrisya sengih kembali. Dia tahu Mimah memang baik. Ni buat aku sayanggggg kat kau! Dia memeluk.

Ah! Jangan nak bodek-bodek, dah! Pergi masak nasi! Batrisya cuma tertawa manja.

***********************

Mimah merebahkan badan di atas tilam kecilnya, sambil mendengar alunan lagu hari raya dari corong radio comel di sisi. Malam ini dia tidak berterawih seperti biasa. Batrisya masih lagi di dapur, membuat dua jenis lagi biskut untuk dibawa pulang ke kampung. Memang begitulah rutin teman rumahnya itu setiap tahun. Kadang-kadang seronok juga menyakatnya.

Mimah menghela nafas panjang. Penat di pejabat tadi membuatkan dia lebih selesa berbaring di dalam bilik. Dia membilang jari, tinggal 2 minggu lagi umat islam akan menyambut Aidilfitri. Di pejabat, suasana pengagihan kuih-kuih raya yang ditempah sedang rancak berlangsung. Kak Bedah Typist yang pandai membuat Tat Nanas itu pun pagi-pagi sudah menolak troli balang-balang kuihnya. Kak Leha pejabat sebelah pun, datang memberitahu esok dia akan bawakan Meruku yang ditempah.

Kau ambillah sekampit dua Mimah... aku beri kau RM4.00 aje sekampit. Jangan bising kat orang lain ye?
Tak apalah kak Leha, saya bukan tak mahu order tapi...

Alah kau ni Mimah! Tiap-tiap tahun aku jual kuih tak pernah kau beli, kenapa? Nanti kau nak balik kampung nak balik tangan kosong ke? Ambillah satu... untuk mak kau kat kampung... Kak Leha masih memujuk.

Mimah tu bukannya ada kampung Kak Leha! Tak payah jual kat dia kuih-kuih raya... Sampuk Fizah sambil tersengih.
Ishhh... sibuk ajelah kau ni Fizah. Dia ada kampung ke... tak ada kampung ke... itu hal dia la!
Ala Kak Leha... Fizah menghampiri meja Mimah.

Bukan saya tak tahu... tiap-tiap tahun mana pernah Mimah ambil cuti raya. Tengok punch card dia tu kalau tak percaya. Esok raya, hari ni ada lagi kat office.
Ish... kampung kau dekat sini je ke Mimah?

Apa pulak kat sini Kak Leha... nu kat Pahang nu...
Sibuk ajelah kau ni Fizah jaga hal orang. Kau ni, kalau taruk kat tempat pendaftaran surat rahsia agaknya, surat belum sampai dah heboh satu office! Abang Bidin memberi amaran. Bukan dia tak perasan wajah Mimah sudah berubah. Mimah pun, tak terkata bila dikenakan begitu. Dia pun tak menyangka, sejak Kak Salmah bersara tiga tahun lalu, pengganti Bahagian Cuti dan Perkhidmatan kali ini suka menjaga tepi kain orang.

Mimah mengiring ke kiri. Sekeping potret keluarga dikeluarkan dari celah diari. Dia terasa sebak tiba-tiba melihat gambar emak dan ayah tersenyum. Di belakang mereka, berdiri adik-beradik lain seramai 7 orang. Air matanya jatuh tiba-tiba. Demi tuhan, rindunya pada keluarga tuhan saja yang tahu. Masih dia rindu masakan emak, terutama sekali bila Ramadhan menjelma.

Pada puasa pertama, ayah akan menangkap ayam seekor dua untuk disembelih. Nanti berebut adik-adik hendak membantu mencabut bulu. Ayam itu akan emak masak Gulai lemak Cili Padi. Kemudian, emak hidangkan bersama celur pucuk gajus, atau pucuk betik ataupun pucuk ubi bersama sambal belacan.

Abang Zaha pula mencari buah kabung beberapa hari sebelum puasa. Memang tiap-tiap tahun abang sulungnya itu akan menjual biji kabung rebus untuk dijadikan manisan berbuka puasa. Memang sedap air cendol yang dimakan bersama buah kabung yang berwarna jernih. Kak Milah pula, akan sediakan kerabu kangkung atau kerabu paku dan mereka bersama-sama berhidang dan berbual itu dan ini. Mimah memejamkan mata, tak mampu mengenangkan suasana ceria dan harmoni itu berlangsung di memorinya. 

Alangkah bagus sekiranya peristiwa itu tidak terjadi, dan dia amat pasti waktu-waktu begini dia bahagia di sisi keluarga tercinta?

Mimah mengesat air mata yang berlinangan. Dia menarik nafas panjang dan menutup lampu. Biarlah segala-galanya luput disapu angin malam....

bersambung....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

30 Adab Berjiran Yang Mesti Diamalkan

(1)  Sentiasa mewujudkan suasana kemesraan melalui usaha kenal-mengenal dan hormat menghormati antara satu sama lain. Antara caranya dengan memulakan salam jika bertemu dengan sesama Muslim atau ucapan penghormatan yang baik jika bertemu dengan bukan Muslim.Sentiasa bertoleransi samada yang melibatkan urusan keagamaan,adat resam, budaya, cara hidup dan lain-lain lagi. (2)  Tidak menyakiti mereka samada melalui perkataan, perbuatan atau sekadar sangkaan buruk.Jiran yang jahat dan tidak berakhlak digambarkan sebagai lembaga hitam yang telah dirasuk syaitan sehingga tergamak melakukan kejahatan dan kedurjanaan sehingga menimbulkan ketakutan dan kegerunan kepada insan lain. Rasul SAW pernah bersabda; “ Demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman. Sahabat bertanya: “Siapakah (yang tidak beriman itu) ya Rasulullah?” Rasulullah SAW menjawab : ” Orang yang menyebabkan jirannya tidak merasa aman (selamat dan tenteram) lan...

Hening Syawal (siri 1)

Batrisya masih lagi sibuk di dapur. Aroma biskut raya yang dibakar dari oven menusuk-nusuk ke lubang hidung. Sejak dua hari lalu gadis itu mengambil cuti sempena menyiapkan kuih-kuih raya yang bakal dibawa pulang ke kampung. Mimah melontarkan tubuhnya ke atas kerusi. Rancangan di televisyen masih lagi memutar aksi chef dan hidangan berbuka puasanya. Sebuah keluhan dilepaskan, sambil dia mencapai kusyen kecil untuk didakap ke dada. Mimah! Mai tolong aku sat!  Mimah menarik nafas mendengar teriakan itu. Dah agak dah mesti dia akan dipanggil! Mimah! Apa dia? Batrisya yang sedang menyorong dulang kuih hampir terlompat. Tak sangka sepantas itu Mimah datang ke dapur. Kau ni terkejut aku,  dia mengurut dada, membuatkan Mimah tersengih. Keadaan di dapur berselerak. Mimah menggeleng kepala. Anak mami sorang ni kalau buat kerja memang bersepah di sana sini. Tengoklah dapur ni. Sepanjang pagi selepas bersahur tadi, semuanya telah dikemaskan. Sakit lagi pinggang Mimah kerana mencuc...

KENAPA KAMU DIAM?

Kenapa kamu diam? Apabila kamu di dalam kereta, atau berjalan-jalan, atau berada di pasar, atau ketika di pejabat atau di mana-mana sahaja. Kenapa kamu diam? Sedangkan setiap detik daripada umur kamu itu dihisab oleh Allah. Ucaplah Istighfar, bacalah Al-Quran. Jika kamu tidak hafal, maka bacalah dan ulanglah Al-Fatihah seribu atau dua ribu kali nescaya ia takkan memudharatkanmu bahkan ia memberi manfaat. Kenapa kamu diam? Beristighfarlah, bertahlillah (sebut لا ٳله ٳلا الله). Bila kamu berhenti di lampu isyarat sambil menanti lampu hijau, kenapa kamu diam? Beristighfarlah, Bacalah, Ulanglah... Kenapa kamu diam??? Sebarkanlah...dan in shaa Allaah kamu akan diberi ganjaran. Oleh: Dr Abdul Aziz Al-Sadhan #diamdiamberisi #IniBahagianDakwahJakim Zikir Rabbaniyah Amalkan setiap hari - Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi - nak tenang, nak selesa dalam hidup & nak rasa dekat dengan Allah amalkan zikir2 ini : 1. A...