Sejambak bunga segar diserahkan kepada Mimah, membuatkan gadis itu terkejut. Kenapa ni Encik Suhaimi? Mimah sudah merah padam.
Saja, belikan untuk awak, Suhaimi senyum. Mimah teragak-agak.
Ambil sajalah orang dah beli... cuba awak ceria sikit... Mimah tersenyum kecil, terasa lucu pula dia bila dilayan begitu.
Terima kasih,
Sama-sama... esok jangan lupa, saya belanja awak makan buka puasa di Klang pulak,
Klang? Jauh tu,
Tak apa, lepas siapkan kerja kita pergilah. Saya dah tempah table, Suhaimi senyum.
Saya, saya tak mahu nanti orang mengata pula Encik Suhaimi,
Biarlah, dia orang ada mulut, kita tak boleh tutup mulut orang Mimah... Mimah senyum, terasa ada ketenangan yang dibentuk oleh lelaki itu dua tiga hari ini.
Saya keluar dululah Encik Suhaimi. Terima kasih sebab hantar balik dan, bagi bunga ni,
Tak apa, kalau bunga ni membuatkan awak ceria, hari-hari saya belikan pun tak apa, kata-kata itu membuatkan Mimah tergelak kecil.
Ha... kan bagus kalau ketawa macam tu... okeylah Mimah, saya balik dulu, assalamualaikum,
Waalaikumsalam, Mimah masih lagi tercegat melihat kereta itu berlalu.
Amboi... amboi... cik Mimah... ni buat kerja overtime ke pergi dating ni? tak sedar Batrisya dah lama mengendap rupanya. Mimah cuma sengih, termalu. Dia menanggalkan kasut dan masuk ke rumah.
Amboi, boss bagi bunga, ni mesti ada apa-apa...
Apa-apanya? Tak adalah!
Hei Mimah... kau jangan nak kelentong aku la... ni pakar cinta tau? Nu... satu tanjung kenai sapa nama Batrisya tau... mai sini cek nak habaq, kalau fasal chenta ni... semua dalam tangan cek tau! Batrisya bersila di atas kerusi sambil mengangkat kening.
Eleh... macamlah dia tu tau sangat fasal cinta...
Mimah sayang... orang lelaki... kalau dia suka kat kita, dia try buat semua benda yang kita suka. Hang tak percaya hang test kat dia esok! Mula-mula dia soh la kita percaya kat dia... lepas tu dia racunlah kita dengan bunga la... coklat la... toyu la... bagi suka kat dia. Ala, depa semua tu aku tau sangatlah! Mimah tergelak.
Kau ni Batrisya... macam mami jarum! Kalau bercakap kepala putaq-putaq!
Ishh... best la hang no... dapat bunga... dapat boss handsome... apa petua hang ni Mimah?
Petua? Kau kena kurangkan bercakap, Mimah mengusik.
Mimah... aku nak bagitau ni, aku nak balik kampung dah lusa. Tu, aku bagi kau sikit kuih-kuih raya untuk bawa balik kampung. Air muka Mimah berubah. Dia menarik nafas berat.
Kau ni, sengaja nak perli aku ke Batrisya? Kau kan tahu aku beraya di sini saja?
Kau... tak mahu balik kampung lagi ke? Batrisya memandangnya lama. Selama tujuh tahun mereka bersama-sama menyewa di sini, selama itu jugalah Mimah akan beraya sendirian di rumah sewa ini.
Mimah, kita ni ada mak bapak satu je di dunia ni. Baliklah tahun ni Mimah... lupakanlah semua perkara sedih tu,
Kau tak faham Batrisya...
Aku mungkin tak pernah alaminya Mimah, tapi kau kenangkanlah perasaan keluarga kau. Dah tujuh tahun Mimah. Tujuh tahun kau hilangkan diri tanpa berita. Mereka mesti risaukan kau.
Aku tak boleh Batrisya. Bukan aku tak cuba tapi tak boleh. Kau percaya tak aku pernah patah balik ke KL waktu sampai di bandar negeri aku. Aku tak boleh! Air mata Mimah mula bergenangan. Batrisya memeluknya erat.
Kita kawan dah lama Mimah. Maafkanlah aku kalau aku menyinggung perasaan kau. Tapi, janganlah hukum diri kau yang tak bersalah tu. Kau tak bersalah atas apa yang terjadi. Kembalilah kepada keluarga yang masih menyayangi kita Mimah, Batrisya merenung Mimah lama. Mimah menarik nafas perlahan.
Aku tau niat kau baik Batrisya. Tapi aku memang tak berdaya. Dia menghela nafas.
Kau masih belum dapat lupakan dia kan? kata-kata Batrisya itu membuatkan dia mengeluh. Kata-kata Batrisya itu terlalu mendalam menusuk hatinya.
Mimah... dah tujuh tahun Mimah... fikirlah! Dia takkan menunggu kau selama itu, dan aku yakin mereka dah bahagia waktu ni Mimah. Cuma janganlah simpan lagi rasa jauh hati dan kecewa kau tu. Bukalah fikiran dan minda kau. Ada insan lain yang sedang mengisi kekosongan tu Mimah. Mimah tersenyum.
Aku dah tak terbuka hati lagi Batrisya. Cukuplah sekali cinta aku dirampas,
Kau ni degil Mimah. Kau takkan tak sedar Suhaimi tu menaruh hati pada kau. Jangan bohongi diri sendiri Mimah, Mimah mengeluh. Suhaimi... ya, dia akui akhir-akhir ini lelaki itu melayannya dengan baik. Malah, lelaki itu belum pernah lagi mengambil kesempatan atau apa. Tapi, dia takkan sama dengan Azam!
Aku masuk dalam dulu, Mimah bangun meninggalkan Batrisya sendirian di situ....
Bersambung

Ulasan