Langkau ke kandungan utama

Catatan

KHUSUS UNTUK PARA LELAKI ? PERLU TAHU

Sudah tahukah  KAUM LELAKI bahwa Rasulullah tadak pernah meninggalkan solat berjamaah, sejak solat diwajibkan malam isra mi'raj hingga solat terakhir dalam hidup beliau? Tahukah   KAUM LELAKI bahwa banyak di antara para ulama yg seumur hidupnya tidak pernah solat fardhu sendirian dan selalu berjamaah sampai akhir hayat mereka? Tahukah  KAUM LELAKI bahwa diantara mereka ada yg rela walaupun harus membayar orang demi menemani solat berjamaah? Tahukah   KAUM LELAKI  bahwa ada sebagian ulama yg pernah menangis selama 40 hari kerana merasa rugi yang amat mendalam sebab tertinggal satu solat fardhu berjamaah saja? Tahukah  KAUM LELAKI bahwa bila anda solat berjamaah maka solat anda dapat dipastikan diterima oleh ​اَللّهُ ? Tahukah   KAUM LELAKI bahwa khusus utk solat isya dan subuh berjamaah berpahala seperti solat setengah malam dan semalam suntuk? Tahukah    KAUM LELAKI bahwa orang yg solat subuh berjamaah,  maka dihari i...

Mereka tu anakmu jua.

Tengah malam habis ceramah live tv al hijrah. Pusing berdua dengan staf saya di kl macam  biasa. Sekali nampak anak-anak ini lepak dekat kl. Tengok jam dah pukul 12malam.. Terus singgah berhenti kereta. Saya turun dulu. Suh kawan saya yang selalu drive cari parking. Sampai-sampai ada beberapa anak ini yang saya pernah jumpa sebelum ini. Terus beri salam. Mereka datang dan peluk saya. 10 remaja lelaki. 2 remaja perempuan. Saya tanya dah makan. Jom belanja makan. Jom ustaz lapar belum makan. Duduk mana ni? Ada yang dari selayang,wangsa maju,danau, cheras. Merata-rata tempat tinggal mereka. Sedih lak. Ramai yang ukir tatu kat belakang. Walau tatu tak kekal. Mereka lukis belakang badan kawan-kawan. Ada yang lukis kat tangan. Masing-masing order makanan dan air. Mereka malu-malu bila nak order. Sebab mungkin risau nak order. Bila makan, saya mula suap mereka. Mereka happy jer kena suap. Wah ustaz makan suap-suap. Kata yang perempuan 2 orang tu. Ish, suap lelaki jer..hehe.. Saya kata...

NTIPATI KHUTBAH RAYA DI ARAB SAUDI PADA HARI RAYA EIDULFITR LEPAS:-

Ll I ☂Kelilingilah diri anda dengan orang2 Islam yang mengamalkan ajaran Agama yg sebenar. Mereka sahajalah Kawan Sejati anda dalam Kehidupan ini dan di Akhirat. ☂ Tidak semua orang di luar sana hanya menilai anda; ada yang ingin yang terbaik untuk anda dan ingin membantu anda masuk ke Al-Jannah; hargailah mereka. ☂Sebenarnya, seorang kawan yang tidak peduli akan Akhirat anda, sebenarnya bukan teman anda. ☂Kebiasaannya, orang yang paling sukar untuk anda betulkan adalah diri anda sendiri. Tidak wajar berasa malu melakukan kesalahan; tapi amat wajar merasa malu jika memilih untuk terus berada di jalan yang salah. ☂ Apa sahaja yang MENDEKATKAN anda dgn Allah, akan MENJAUHKAN anda dari neraka. Apa sahaja yang MENJAUHKAN anda dari Allah, akan MENDEKATKAN anda ke neraka. ☂Kita semua mengambil mudah hari esok kerana kita percaya esok akan terus wujud. Esok mungkin akan terus wujud, tetapi kita belum pasti! ☂ Siapa kata "HARI ESOK" dijamin? Harga...

KENAPA KAMU DIAM?

Kenapa kamu diam? Apabila kamu di dalam kereta, atau berjalan-jalan, atau berada di pasar, atau ketika di pejabat atau di mana-mana sahaja. Kenapa kamu diam? Sedangkan setiap detik daripada umur kamu itu dihisab oleh Allah. Ucaplah Istighfar, bacalah Al-Quran. Jika kamu tidak hafal, maka bacalah dan ulanglah Al-Fatihah seribu atau dua ribu kali nescaya ia takkan memudharatkanmu bahkan ia memberi manfaat. Kenapa kamu diam? Beristighfarlah, bertahlillah (sebut لا ٳله ٳلا الله). Bila kamu berhenti di lampu isyarat sambil menanti lampu hijau, kenapa kamu diam? Beristighfarlah, Bacalah, Ulanglah... Kenapa kamu diam??? Sebarkanlah...dan in shaa Allaah kamu akan diberi ganjaran. Oleh: Dr Abdul Aziz Al-Sadhan #diamdiamberisi #IniBahagianDakwahJakim Zikir Rabbaniyah Amalkan setiap hari - Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi - nak tenang, nak selesa dalam hidup & nak rasa dekat dengan Allah amalkan zikir2 ini : 1. A...

ANTARA SYAHADAH ADAT DENGAN SYAHADAH SYAR'IAH

Tajuk: *Bicara Syahadah* Pengertian *ADAT*. Kelakuan  atau tradisi sesuatu bangsa yang menjadi budaya atau amalan dalam kehidupan mereka yang mereka sering melakukan secara berulangan. Mana2 ADAT yang bercanggah dengan SYARAK adalah tertolak melainkan ia adalah suatu amalan yg baik. Manakala, para Fukaha pula mentakrifkan adat seperti berikut ; الامر المتكرر من غير علاقه عقليه Maksudnya : Perkara yang *diulang-ulangkan* tanpa perkaitan daripada segi akal. Makna *'perkara'* dalam maksud ayat diatas adalah yang menerangkan *perkataan* atau *perbuatan,* manakala *'yang diulang-ulangkan'* bermaksud perkara yang diulang-ulangkan beberapa kali. Oleh yang demikian , perbuatan tersebut dinamakan *ADAT*. Sebaliknya perkara yang dilakukan *sekali sahaja*, tidak dinamakan adat, begitu juga halnya jika perkara tersebut berulan...

Kelebihan Solat Dhuha

*INILAH AKIBAT SHALAT DHUHA* Banyak Orang Yang belum tahu apa akibat yang akan mereka rasakan bila rajin shalat dhuha. Beruntung sekali anda punya kesempatan membaca tulisan dibawah ini, semoga memjadi pelajaran berharga untuk kita semua. Seperti diungkap oleh Sayid Muhammad bin Alwi al-Maliki dalam bukunya Khasais al-Ummah al-Muhamadiyah tentang keutamaannya, penulis membeberkan keutamaan-keutamaan yang disediakan oleh Allah bagi hamba yang menunaikannya lengkap dengan sumber haditsnya. *Pertama* orang yang shalat Dhuha akan diampuni dosa-dosanya oleh Allah. “Barangsiapa yang selalu mengerjakan shalat Dhuha niscaya akan diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.” (HR. Turmudzi) *Kedua* Barangsiapa yang menunaikan shalat Dhuha ia tergolong sebagai orang yang bertaubat kepada Alah. “Tidaklah seseorang selalu mengerjakan shalat Dhuha kecuali ia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.” (HR. Hakim). *Ketiga* Orang yang menunaikan shalat D...

Sayangi Ibu

Budak ni sebak kerana Kehilangan Ibunya, Ibunya cuba meleraikan air mata anak ny a sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.. Peringatan Untuk Semua, Walau apa pun sekali yang berlaku di antara anda dan ibu anda, jangan la anda cuba menderhaka kepada nya. share atau like dan renungkan.... Orang kata aku lahir dari perut ibu.. Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu Bila lapar, yang suapkan aku..ibu Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu! Bila bangun tidur, aku cari.. ibu Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu Bila nak bermanja… aku dekati ibu Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu Bila nakal, yang memarahi aku… ibu Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..ibu Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu Aku selalu teringatkan ..Ibu Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu Bila seronok… orang pertam...
IBU SAYA DAN JUGA IBU ANDA SEBENARNYA PENIPU!! Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian. Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : " Makanlah nak ibu tak lapar. " PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA. Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di t...

Temuduga 'yang kedua'

"Sayang, Abang minta izin untuk nikah seorang lagi." Aliyah yang sedang melipat kain,terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mu...

Pantun Sakit Hati

Buah cempedak di luar pagar Ambil galah tolong jolokkan Kenapa kau nak jolok pakai galah Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar . Kalau ada sumur di ladang Bolehlah hamba menumpang mandi Patutlah bau badan kau busuk semacam Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang.. Pisang emas dibawa berlayar Masak sebiji di atas peti Kat pasaraya tak ada hutang hutang Kalau nak, bayar, Cash On Delivery Kalau ada jarum yang patah Jangan di simpan di dalam peti Kesian betul dengan kau ni Jarum patah pun kau simpan dalam peti. Dua tiga kucing berlari Mana nak sama si kucing belang Kalau kau berani kejarlah kucing tu Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak.. Kajang Pak Malau kajang berlipat Kajang hamba mengkuang layu Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat Kain aku, si pencuri yang sapu Rumah Pak Mamat di tepi sawah Pakai langsir berwarna biru Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke. Air pasang dalam surut pukul lima Nyonya bangun pa...

Oley!!

Warkah Suami

Kehadapan ustaz yg saya hormati, Saya tidak tahu di mana ingin saya mulakan bicara ini tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa saya selama ini ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz.. tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun.    Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan harap ustaz tidak bosan mendengarnya.Saya merupakan seorang suami..kepada seorang isteri yg amat baik dan setia namun ustaz ..saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya kerana pada waktu itu mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.   Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya. Seorang yang tidak pandai bergaya tetapi kuat pegangan agamanya, bertudung labuh, bersopan santun.. baik ...

30 Adab Berjiran Yang Mesti Diamalkan

(1)  Sentiasa mewujudkan suasana kemesraan melalui usaha kenal-mengenal dan hormat menghormati antara satu sama lain. Antara caranya dengan memulakan salam jika bertemu dengan sesama Muslim atau ucapan penghormatan yang baik jika bertemu dengan bukan Muslim.Sentiasa bertoleransi samada yang melibatkan urusan keagamaan,adat resam, budaya, cara hidup dan lain-lain lagi. (2)  Tidak menyakiti mereka samada melalui perkataan, perbuatan atau sekadar sangkaan buruk.Jiran yang jahat dan tidak berakhlak digambarkan sebagai lembaga hitam yang telah dirasuk syaitan sehingga tergamak melakukan kejahatan dan kedurjanaan sehingga menimbulkan ketakutan dan kegerunan kepada insan lain. Rasul SAW pernah bersabda; “ Demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman. Sahabat bertanya: “Siapakah (yang tidak beriman itu) ya Rasulullah?” Rasulullah SAW menjawab : ” Orang yang menyebabkan jirannya tidak merasa aman (selamat dan tenteram) lan...

CINTA SUAMI …

[he's one in a million..... Based on True Story...] Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka  berkahwin sudah lebih 32 tahun Mereka dikurniakan 4 orang anak ....disinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat ..... tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun. Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang  lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi. Setiap hari pak suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan  mengangkat isterinya ke atas tempat tidur. Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian. Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan pak suyatno masih berasa ber...

Wrong Phrase at wrong place....

Seorang Motivator berkata: " Tahun-tahun terbaik dalam hidupku ku habiskan bersama seorang wanita yang bukanlah isteri ku. " Hadirin terkejut dan terpaku... Ia kemudian menambah , " Ia adalah ibuku ." Hadirin kemudian bertepuk tangan dengan gemuruh dan tertawa. Mamat yang baru saja mengikuti seminar tersebut, kemudian mencuba hal ini di rumah. Setelah makan malam, ia berkata dengan lantang di depan isterinya di dapur, " Aku menghabiskan tahun-tahun terbaik hidupku bersama seorang wanita  yang bukan istriku ." Ia berhenti sejenak memejamkan matanya, cuba mengingati kalimat terakhir sang Motivator... Ketika Mamat membuka mata, ia mendapati dirinya terbaring di tempat tidur hospital, baru saja mendapatkan rawatan akibat siraman air panas... kesian....