Langkau ke kandungan utama

Catatan

Wrong Phrase at wrong place....

Seorang Motivator berkata: " Tahun-tahun terbaik dalam hidupku ku habiskan bersama seorang wanita yang bukanlah isteri ku. " Hadirin terkejut dan terpaku... Ia kemudian menambah , " Ia adalah ibuku ." Hadirin kemudian bertepuk tangan dengan gemuruh dan tertawa. Mamat yang baru saja mengikuti seminar tersebut, kemudian mencuba hal ini di rumah. Setelah makan malam, ia berkata dengan lantang di depan isterinya di dapur, " Aku menghabiskan tahun-tahun terbaik hidupku bersama seorang wanita  yang bukan istriku ." Ia berhenti sejenak memejamkan matanya, cuba mengingati kalimat terakhir sang Motivator... Ketika Mamat membuka mata, ia mendapati dirinya terbaring di tempat tidur hospital, baru saja mendapatkan rawatan akibat siraman air panas... kesian....

Perkara Yang Lelaki Perlu Tahu Dan Juga Perempuan Perlu Tahu

 Lelaki perlu tahu yang perempuan; 1. Sensitif :  Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian. 2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala. 3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM. 4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui. 5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah. 6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam. 7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga s...

Hening Syawal (Siri 8-Akhir)

Ayah, raya tahun ni Inah nak baju warna kuning. Inah tak mahu sama dengan Mimah,  Kenapa pula? Kan dari kecil Inah dan Mimah suka pakai baju sama? Malulah! Macam budak-budak. Inah kan dah besar, boleh ye ayah? Mimah tersenyum sendiri. Inah... entah macammana rupa Inah sekarang agaknya? Adakah dia sama seperti dulu? Rambutnya adakah masih kekal panjang? Mimah bersandar di dinding, sambil menatap sekeping gambar dua kembar seiras yang memakai seragam sekolah. Dia cuba mencari perbezaan di gambar itu, tetapi sedikit pun tidak kelihatan. Semuanya begitu serupa, potongan rambut, beg sekolah dan juga senyuman. Dia tahu, sejak kecil malah hingga dewasa, dia dan Inah sering mengelirukan mak dan ayah. Dia tahu, dalam hubungan mereka, dia yang banyak beralah. Kalau ada barang-barang Mimah yang berkenan di hati Inah, dia akan berikan. Malah kalau ayah ke bandar membeli baju, dia akan pastikan Inah mendapat yang lebih cantik dan harganya lebih mahal. Memang dia tahu Inah ingin...

Hening Syawal (Siri 7)

Sejambak bunga segar diserahkan kepada Mimah, membuatkan gadis itu terkejut. Kenapa ni Encik Suhaimi? Mimah sudah merah padam.   Saja, belikan untuk awak, Suhaimi senyum. Mimah teragak-agak. Ambil sajalah orang dah beli... cuba awak ceria sikit... Mimah tersenyum kecil, terasa lucu pula dia bila dilayan begitu. Terima kasih, Sama-sama... esok jangan lupa, saya belanja awak makan buka puasa di Klang pulak, Klang? Jauh tu, Tak apa, lepas siapkan kerja kita pergilah. Saya dah tempah table, Suhaimi senyum. Saya, saya tak mahu nanti orang mengata pula Encik Suhaimi, Biarlah, dia orang ada mulut, kita tak boleh tutup mulut orang Mimah... Mimah senyum, terasa ada ketenangan yang dibentuk oleh lelaki itu dua tiga hari ini. Saya keluar dululah Encik Suhaimi. Terima kasih sebab hantar balik dan, bagi bunga ni, Tak apa, kalau bunga ni membuatkan awak ceria, hari-hari saya belikan pun tak apa, kata-kata itu membuatkan Mimah tergelak kecil. Ha... kan bagus kalau ketawa macam tu... ...

Hening Syawal (Siri 6)

Sejambak bunga segar diserahkan kepada Mimah, membuatkan gadis itu terkejut. Kenapa ni Encik Suhaimi? Mimah sudah merah padam. Saja, belikan untuk awak, Suhaimi senyum. Mimah teragak-agak.  Ambil sajalah orang dah beli... cuba awak ceria sikit... Mimah tersenyum kecil, terasa lucu pula dia bila dilayan begitu.   Terima kasih, Sama-sama... esok jangan lupa, saya belanja awak makan buka puasa di Klang pulak, Klang? Jauh tu, Tak apa, lepas siapkan kerja kita pergilah. Saya dah tempah table, Suhaimi senyum.    Saya, saya tak mahu nanti orang mengata pula Encik Suhaimi, Biarlah, dia orang ada mulut, kita tak boleh tutup mulut orang Mimah... Mimah senyum, terasa ada ketenangan yang dibentuk oleh lelaki itu dua tiga hari ini. Saya keluar dululah Encik Suhaimi. Terima kasih sebab hantar balik dan, bagi bunga ni, Tak apa, kalau bunga ni membuatkan awak ceria, hari-hari saya belikan pun tak apa, kata-kata itu membuatkan Mimah tergelak kecil. Ha... kan bagus kalau k...

Hening Syawal (Siri 5)

Hari ini, sudah 25 Ramadhan. Beberapa hari saja lagi anak-anak kota akan beransur pulang ke kampung halaman masing-masing. Mimah cuma melihat saja lampu-lampu kereta yang bersimpang siur di luar sana.  Ada beberapa tugasan lagi perlu dia selesaikan sebelum pulang ke rumah sewa. Dia tahu, saat ini mesti Batrisya sibuk mengemas apa-apa yang patut. Termenung? Eh! Encik... Mimah tersedar. Segera dia kembali ke mejanya dan menyambung kerja. Banyak lagi yang belum siap ke? Suhaimi membetulkan cermin matanya. Boleh tahan, jawab Mimah ringkas. Kalau tak sempat habis, awak sambunglah lepas raya nanti, Suhaimi bersuara. Tak sampai hati pula dia melihat kesungguhan gadis pendiam itu. Sejak minggu lepas mereka menyelesaikan beberapa report penting, dia dapat merasakan Mimah sangat komited terhadap tugas yang diberikan. Bila awak cuti raya? Mimah terdiam. Tak sangka itu yang akan keluar dari mulut lelaki itu. Dia tekun menaip, tak menghiraukan pertanyaan itu. Saya raya s...

Hening Syawal (Siri 4)

Suasana bilik berhawa dingin itu sepi. Yang kedengaran cuma esakan kecil di sebelah Mimah. Saya tak tahu apa salah saya pada dia Encik Suhaimi. Saya tak kacau dia, saya buat kerja saya... tapi... Esakan Fizah semakin menjadi-jadi. Sudahlah tu... jangan menangis. Bulan puasa macam ni, tak elok bergaduh... Pengurus muda itu menghulurkan tisu. Fizah tanpa segan silu menyambut sambil teresak-esak. Tapi, macammana dengan kerugian saya Encik Suhaimi?  Fizah sudah menjeling ke arah Mimah di sebelahnya. Tak apa Hafizah, awak keluar dulu. Saya ada hal nak bincang dengan Amimah, tenang saja suara lelaki itu. Terima kasih Encik, Fizah menolak kerusi, dan keluar dari bilik. Bilik itu kembali sunyi. Mimah cuma tunduk merenung jari-jarinya. Malas dia hendak berada lama di bilik ini. Saya cuma dengar cerita dari sebelah pihak, sekarang saya nak awak pula beritahu saya cerita dari awak. Mimah cuma menarik nafas. Semua cerita tu betul Encik Suhaimi. Memang saya yang lambung radio dia ...

Hening Syawal (Siri 3)

Lagu “Kepulangan Yang Dinanti” berbunyi kuat, malah seluruh pejabat ini boleh mendengarnya. Mimah cuma menggeleng kepala, malas dia hendak menegur apa-apa. Hoi Fizah! Kalau iye pun dapat radio baru, janganlah nak pasang kuat-kuat. Tau la nak raya tak lama lagi... Zaidi bangun dari kerusi sambil bercekak pinggang. Saja... aku ni tak sabar-sabar lagi nak balik raya, tak boleh? Fizah tersengih-sengih sambil menguatkan lagi volum. Zaidi menggeleng kepala, malah semua orang di pejabat ini turut menggeleng kepala. Tadi Abang Din sudah menegur, malah Kak Sarimah yang sedang mabuk teruk itu pun dua tiga kali minta Fizah perlahankan radio. Namun semuanya bagai mencurah air di daun keladi. Keras kepala betul! Zaidi merungut-rungut. Mimah mencampakkan pen di atas mejanya. Dia pun sebenarnya dari tadi menahan sabar dengan perangai Fizah yang langsung tak bertimbang rasa. Fizah, Mimah berdiri betul-betul di belakang Fizah. Ada apa? kasar saja suara Fizah. Wajahnya sudah berkeru...

Hening Syawal (Siri 2)

Macammana ni Mimah? Batrisya keresahan. Dia memang sibuk sepanjang hari ni.  Tak apalah, kuih raya kau tu banyak kita makan aje la. Sebotol tu dah kenyang dah... Ala kau ni Mimah! Mimah tertawa melihat Batrisya menarik muka.  Dah... tak apalah, aku buat goreng sardin je la. Kau masak nasi, Batrisya sengih kembali. Dia tahu Mimah memang baik. Ni buat aku sayanggggg kat kau! Dia memeluk. Ah! Jangan nak bodek-bodek, dah! Pergi masak nasi! Batrisya cuma tertawa manja. *********************** Mimah merebahkan badan di atas tilam kecilnya, sambil mendengar alunan lagu hari raya dari corong radio comel di sisi. Malam ini dia tidak berterawih seperti biasa. Batrisya masih lagi di dapur, membuat dua jenis lagi biskut untuk dibawa pulang ke kampung. Memang begitulah rutin teman rumahnya itu setiap tahun. Kadang-kadang seronok juga menyakatnya. Mimah menghela nafas panjang. Penat di pejabat tadi membuatkan dia lebih selesa berbaring di dalam bilik. Dia membilang jari, ...

Hening Syawal (siri 1)

Batrisya masih lagi sibuk di dapur. Aroma biskut raya yang dibakar dari oven menusuk-nusuk ke lubang hidung. Sejak dua hari lalu gadis itu mengambil cuti sempena menyiapkan kuih-kuih raya yang bakal dibawa pulang ke kampung. Mimah melontarkan tubuhnya ke atas kerusi. Rancangan di televisyen masih lagi memutar aksi chef dan hidangan berbuka puasanya. Sebuah keluhan dilepaskan, sambil dia mencapai kusyen kecil untuk didakap ke dada. Mimah! Mai tolong aku sat!  Mimah menarik nafas mendengar teriakan itu. Dah agak dah mesti dia akan dipanggil! Mimah! Apa dia? Batrisya yang sedang menyorong dulang kuih hampir terlompat. Tak sangka sepantas itu Mimah datang ke dapur. Kau ni terkejut aku,  dia mengurut dada, membuatkan Mimah tersengih. Keadaan di dapur berselerak. Mimah menggeleng kepala. Anak mami sorang ni kalau buat kerja memang bersepah di sana sini. Tengoklah dapur ni. Sepanjang pagi selepas bersahur tadi, semuanya telah dikemaskan. Sakit lagi pinggang Mimah kerana mencuc...

Mana Mak?

Jam 6.30 petang.  Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama. Ayah baru balik dari sawah. Ayah tanya Mak, “Along mana?’ Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.” Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?” Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.” Ayah tanya Mak, “Ateh mana?” Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?” Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?” Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.” Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika. Dua puluh tahun kemudian,  Jam 6.30 petang,   Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari. Ayah tanya Along, “ Mana Mak ?” Along sedang membelek-belek baju barunya. ...